dah dekat hari nak mengundi ni..
banyak dah orang duk cakap pasal PRU13
apa agaknya kesudahan nya nanti
aku pelik la kalau orang cakap tak minat campurtangan bab politik
tapi bising je kalau orang duk sembang-sembang..
dia pulak yang teroverr..erkkk
memang la hak masing-masing
aku pun tak nafikan..aku pun taknak cakap apa-apa
hak korang
tapi sebenarnya la kan kalau diperhatikan..difikirkan
politik ni benda paling penting dalam hidup kita
dari institusi paling kecil iaitu keluarga hinggalah yang besar, bina kerajaan
ibarat bina rumah ..kalau tiang tak betul..acaner rumah tu nak berdiri teguh selamat didiami..
sama la dengan isu politik..
kalau kita takde pemimpim yang boleh tadbir hal politik tu baik. rakyat yang kena tanggung
so kita kena fikir betul-betul sapa yang layak jadi pemimpin kita..
kita adalah khalifah yang di cipta oleh ALLAH SWT untuk menjalankan setiap perintahNYA
berdosa besar kalau pemimpin tu tidak menunaikan tanggungjawab yang sepatutnya kepada rakyat yang memilihya sebagai pemimpin..
ahli politik paling agung adalah RASULULLAH SAW..takde sape boleh tandingi baginda..
orang kafir pun mengagumi baginda..kita umat dia..kita buat apa??
punohh zaman sekarang..
semua mata duitan..gila kuasa.. bodoh sombong..
yang bebal pun boleh jadi pemimpin..
yang bangang agama pun boleh komen pasal agama..
yang hak dinafikan
yang batil di iyakan
MASYAALLAH...
tapi yang paling penting
semua orang ada hak untuk mengundi !!
jangan salah guna kuasa untuk kepentingan sendiri
paling menyampah dan sakit hati bila
kami kakitangan kerajaan selalu jadi ''lembu kena tarik tali "
oleh badan pemerintah..
tadi kat sekolah aku pihak pentadbir bagi taklimat
seramai 9 orang guru akan dipilih setiap hari untuk mendengar taklimat pasal PRU13..
sok lusa giliran aku la tu..
puiii...memang salah guna kuasa sungguh..
kami kakitangan kerajaan ..GURU..
selalu kena gertak kena paksa kena ikut ..
ini kalilah lain..
kami ada hak kami !!
jangan paksa kami!!!
suka hati kami lah!!
sila fahamkan ayat di bawah
p/s: ada akal ada ilmu..fkirkanlah mana baik mana buruk..
Tiada ulasan :
Catat Ulasan