Jumaat, 28 Disember 2012

..tengok dulu sebelum terkena..

di suatu petang yang dekat nak magrib
kat dalam sebuah pasaraya
ada dua orang hamba Allah tengah ssyiookkk borong barang-barang tanpa menghiraukan insan-insan di dalam pasaraya itu..
sedang si perempuan selama derk je ambil barang piunggg lempar  ke dalam bakul yang dipegang dengan gagahnya oleh si lelaki..namun begitu pabila tiba di rak barang seterusnya si perempuan tersentak pabila keslumberan nya ditegur oleh si lelaki..

ermm..ikutilah dialog pendek ini


encik lalink: syg ..
aku: ye bang...(sambil buat muka comel hihi) 
encik lalink: syg ni kan..abg tengok main hentam je..nak ambil barang cuba la baca labelnya dulu..tgk cop halal haram..tgk buatan melayu ke..konfiden gak nak guna..ni tak main ambil je.
tu haa ..tgk acik tu ..bagus baca label tertera kat botol tu..
aku: oooo yeke..soryy..nk cepat.. (sentap aku dowh..haha) ..
encik lalink: (hanya geleng kepala dan senyum) 


moral of the story..
bagus gak la kalo pasangan atau orang sekelililng kita selalu tegurkan kesalahan kita.. ermm sebabnya..kita tak sempurna..kadang-kadang selalu alpa.. 
aku ada terbaca satu cerita meloyakan pasal makanan yang beli kat pasaraya.. ni aku kongsi buat pengetahuan dan panduan kita semua supaya lebih berhati-hati..

ceritanya camni..dari seorang akak rajin..

"Semalam,setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah. Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab rasanya macam keju balls......dikunyah rasa asin-asin.

Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa. Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit......

saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGGO made in USA ..
sos Italian Sausage..


spagetti bolognese


Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam orang hamil.

Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato,bla-bla,bla-bla..... ... pork minced meat!

Astaghfirullaahalaziim........ .
saya masak speghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat!
Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekali saya buang..

Yang tertelan spegetti babi terludah-ludah kesal tak sudah. Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging babi........ ......... kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nak dapat REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram.

ASTAGHFIRULLAAHALAZIIM. Siapa-siapa ada air zam zam mintalah sedikit, saya nak bersihkan perut yang termakan babi..
 tolonglah sampai sekarang rasa jijik dan mual. Taubat tak nak masak spegetti lagi


p/s: kesian kat akak tu kan..niat baik nak jamu untuk keluarga tapi lain yang dapat huhu..minta dijauhkan daripada kekhilafan itu..

yang sobonarnya ea.
.tanpa encik lalink tahu..aku da nak terbeli sos aritu ..tu sebab ada terfikir nak buatkan spagetti bolognese untuk dia huhu...da banyak kali ulang alik tengok kat rak tu sbb tengah promosi murah-murah  (cik sukooo barang murah dan berpatutan hehe) ..tu yang abg kena tunggu lama kat kaunter hihi..
oh lain kali syg berhati-hati ea abg..tQ sbb selalu jadi diari syg..tQ sbb selalu jadi mentor syg..tQ sebab selalu jadi memo syg sbb selalu ingatkan syg yang pelupa.. tQ atas jasa anda cayang hihi..




Tiada ulasan :

Catat Ulasan