Selasa, 18 Disember 2012

..bukan senang nak senang..bukan susah nak susah..






Assalamualaikum ..



Kadang-kadang memang kebanyakkan dari kita selalu merungut pasal kehidupan kita..aku pun tak kecuali..  yela kehidupan sebelum dapat jadi cikgu sangatlah susah.. sementalaah ayah kerja buruh buat rumah je... nak  nak dijadikan cerita..demi anak pakcik ni sanggup menghantar anaknya ke IPG melaka..mereka sekeluarga  Sayu hati lihat wajah seorg ayah yang sanggup bersusah payah untuk anaknya agar anaknya sentiasa berjaya depan matanya sendiri... semoga Allah memberi rezeki yg melimpah ruah pada keluarga pakcik ni.... Amin..bermewah macam orang lain tak dak nye..sekadar cukup makan minum tempat tinggal pun dah kira  beruntung.. teringat aku kisah seorang pakcik ni..aku baca kat fb dari seorang hamba Allah..sedih lak ai..huhu



disebalik gambar bawah ni..ada ceritanya...




tinggal di Gombak..nak dijadikan cerita..pakcik ni tersalah jalan masuk ke Seremban dari Gombak dan terus  ikut Bukit Putus melalui Kuala Pilah untuk ke Melaka melalui Tampin.. Mereka dua beranak bertolak dari 
 Gombak pukul 3 pagi dan bersolat subuh di Nilai kemudian meneruskan perjalananan dan sarapan di Kuala  Pilah.. Mendengar cerita pakcik ni, dlm hati aku berkata, "balik dari Melaka ni aku akan ikut jalan balik ke Seremban ikut jalan yang pakcik ni lalu tadi" ... bila sudah abis selesai di IPG Melaka (institut perguruan).. balik je terus ikut jalan tersebut iaitu dari Melaka ke Seremban melalui Tampin dan Kuala Pilah. Boleh tahan juga jalan tersebut dengan selekohnya yang tajam dan lori lagi..Cuba kita bayangkan pakcik ni dengan anaknya melalui jalan ni dengan beg dan bekalan mereka....sebak hati bila mendengar cerita pakcik ni... di kesempatan ini aku sendiri mempelawa pakcik ni pada hari jumaat ini "pakcik tak perlu la ambil anak pakcik, nanti saya akan hantarkan anak pakcik sekali ke Gombak"....
Kisah - dari Kee Perantau Simpang Tiga


p/s: dah baca kan..sedih kan..aku dah lalu jalan pakcik tu lalu..pening2 lalat tahan mabuk..tu pun bukan aku bawa kederaan..aku naik bas..bayangkan pakcik ni naik motor dengan barang banyak sangat..huhu..betul2 tabah..Anak-anak bila dah kerja dah berkira nak hulur duit buat mak ayah..sedih aku tgk..Pada semua..hargai la ayah, bapa, walid, dady papa, baba kita selagi mereka masih hidup... tak lupa juga pada mak kita..kasih mereka tidak pernah luntur untuk kita yang bernama anak.. bahagiakanlah mereka sewaktu mereka masih ada..sok-sok dah takde baru la teringat dan menyesal..
doakan aku mampu membahagiakan ibubapa ku dan orang yang aku sayang..amin..
Jangan ingat kita lah orang yang paling hidup susah, ramai lagi yang lagi hidup susah berbanding kita. Ingat juga, jangan kita sombong, kedekut ketika kita senang, kita belum tahu bagaimana kita di hari kita susah nanti.
..BUKAN SENANG NAK SENANG..BUKAN SUSAH NAK SUSAH..
SEMANGAT ALIA!!!


Tiada ulasan :

Catat Ulasan