Sabtu, 18 Januari 2014

...tips persiapan tunang merisik...



TARIKH 
pening nak cari tarikh yang sesuai sbb kerja gomen, sekolah lak lain-lain..kadang-kadang cuti pun aku n encik lalink kena bertugas kat sekolah…takut kena kursus lah bagai huhu..bincang punya bincang..akhirnya decide 25 hb Mac 2014 nanti tarikh risikan n pertunangan dilakukan hehe

Merisik adalah perbincangan antara keluarga dahulu.. belum masuk lagi sanak saudara... tapi untuk keluarga kecil macam keluarga aku ni haruslah libatkan org-org penting mak aku…
persiapan merisik ?? cuma sebentuk cincin je sebenarnya..pastu terus masuk bab bertunang..

ADAT
dalam masyarakat melayu.. semasa bertunang ni..banyak sangat adat...
jadi nak dimudahkan cerita..bahagikan kepada 2 jenis pertunangan..
yang pertama bertunang kurang daripada setahun kemudian kahwin..
yang kedua.. bertunang setahun atau lebih kemudian baru kahwin..
kami mengikut jenis pertunangan yang pertama...

Untuk pengetahuan korang, jika jenis yang pertama.. tidak perlulah korang bagi set persalinan lengkap lagi..macam kasut pakaian kemeja... cuma perlu bagi lebihkan pada makanan
Kecuali tidak bagi perempuan johor kena bagi pakaian persalinan jugak..
 kalo negeri lain..macam itulah..belah terengganu takdak hal
manakala bagi tunang jenis yang kedua yakni setahun dan keatas..
barang-barang persalinan lah yang perlu diberikan..

kerana apa terdapat perbezaan ini..why why why?????
FYI.. jika pertunangan jenis pertama, adalah untuk memudahkan pihak lelaki supaya tidak terlalu berbelanja sangat... maklumlah tidak sampai setahun, sudah kene bersedia untuk majlis perkahwinan...
dan kalo yang jenis kedua adalah untuk menjaga air muka pihak perempuan..
 kerana pihak perempuan akan lebih malu jika tidak jadi berkahwin selepas setahun..
faham kan murid-murid hehe

ni aku dah citer dah tapi diperkemaskan lagi daripada entry aku yang dolu-dolu..

HANTARAN DUA PIHAK




hantaran untuk perempuan:
·         Sirih Junjung/ tepak sirih-> harga dalam 30 ke 100 lebih- 
(sirih junjung ini adat melayu; kalau tidak mahu orang cakap belakang tak reti adat; 
kenalah bawa dan bagi ye dok).
·         Cincin -> harga dalam rm500 ke atas
·         Buah - buahan  -> harga dalam 20 - 40 (epal merah kot)
·         Coklat - Kalau susah sangat, beli jer ferrero roche..buh dlm balang putih
·         Kain Persalinan –dalam 4-5 meter ke..lebih xpo..jgn xcukup..malas aku nak g cari lain lak ..
 biasanya orang bagi untuk buat baju nikah..
  
hantaran untuk lelaki:
·         Kain nikah –kain 4 meter… tuk wat baju nikah..  termasuk sampin..
·         Buah - buahan  -> harga dalam 20 - 40 (bagi epal hijau kot)
·         Kuih – muih – range dalam 10 – 30 … kuih muih nie macam bahulu..kek bakar camtuh.. bukan karipap or dunkin donut k haha..tp boleh gak kalau nak cuba..
·         Coklat – ferrero roche yang banyak-banyak.. budget aku xtau berapa..
Aku usik nak bagi cokelat roka..ala yg macam fereror roche gak tu
dan-dan kena sound dgn encik lalink ckp aku ni boleh tahan kedeeee
eh ok what makanan gak haha


PERSIAPAN MAJLIS

Bagi lelaki...

set tarikh bertunang... yang ini discuss cun-cun dengan awek / mangsa risikan anda hehe.. seelok-eloknya pada tarikh orang lain boleh pergi menghantar.. sebaiknya tarikh sewaktu cuti sekolah.

Bincang dengan awek..berapa dulang hantaran tunang nak kasik... then pergilah cari dan beli barang-barang hantaran. Belilah cincin dahulu... jangan tangguh-tangguh sobab cincin setiap hari makin naik harga nya..kami dapat cari kat kuala pilah …paling murah.. usha gak kat habib..poh kong..seri pinang..mahal mak ngah oii

Org cakap kalau nak beli kain pasang tuk baju nikah ataubaju tunang..cuba tgk kat maduras (xsilap..kedai india betul-betul berdepan dengan semua house..kitaorang minggu ni nak g usha kat kl..maybe kamdar..masjid india..jalan tar insyaallah)

kemudian.. bincang pulak dengan family ..setuju ker tak dengan barang hantaran yg nk diberi untuk pasangan.. tak perlu laa nak mention apa yg pasangan nak bagi tu...

tema hantaran... ala cam kaler bunga ke..haaa...yang ini pun boleh jadi gaduh... aku dengan encik lalink boleh muncung itik gak masing-masing.. yela aku beria-ria Tanya dia..
dia boleh pulok cakap suke hati lah.. ikut je..
tapi bila dia pilih aku lak yang banyak songeh ckp tak berapa lawa haha..camana tu..
so bab ni kena pandai main psikologi hehe..

lepas tu... bincang ngn family....cari org tua lelaki reramai sikit... untuk ikut rombongan menghantar.. nismilan punye stail kena inform siap-siap atau awal-awal kat ketua..
disebabkan encik lalink  ni orang felda palong
so dia kena inform awal-awal kat ketua blog dia
sebab org ni la yang akan jd kepala masa meminang nanti
masa kenduri nanti org ni gak lah akan jd ketua untuk rewang..

apa yang dibincangkan ialah
 tarikh nikah
berapa dulang hantaran untuk nikah
berapa duit hantaran dan mas kahwin
bila nak bagi duit hantaran

usha-usha gak lah adat belah  perempuan camne…
 boleh laki ikut masuk ataupun tidak..  
tapi adat orangg jawa … tak manis lelaki ikut perbincangan..
motif nya ada ada… iaitu tuk elakkan lelaki malu / bergaduh sewaktu perbincangan dilakukan..
kot-kot ada yg tak dipersetujui…

Bagi perempuan pulok

perempuan seperti biasa…time nie of cause nak nampak cantik kennn
jadi kenalah standby pakaian bertunang
(pulak tuh yg laki mesti lebih kurang kot kaler nk bergambar katakan)..

lepas pakaian..makeup… kene ada tukang make up… aku belasah je sendirian berhad
pastuh cadar katil pulak…
bergambar dalam bilik bile mok mertua sarung cincin haha..geli lak aku bila baying
yela..aku kan brutal..cmne ea nak ayu-ayu lemah gemalai
mahunya encik lalink bantai gelak sakan kat aku nanti
ahayoooooiii satu kerunsingan melanda

untuk majlis bertunang pulak…

perempuan biasanya akan pikir…tapi aku paksa encik lalink plan samo haha
 kene ada mini pelamin tak… kalo xder mini pelamin…
camne masa nak sarung cincin…
duk kat maner…
 atas bantal cover2 ayu ker.. atau just duk atas kusyen kerusi…
ayarkk matikkkk

kene ada cameraman ke tak .. ikut laaa kalo nak ada cameraman…
aku main suruh member snap pakai hp jerww haha

lepas tu kena fikir rombongan lelaki mesti kene dijamu dengan makanan…
sapa yang kena masak / sediakan.. katering ?? masak sendiri ?? macam kes aku... masak sendiri.. atau mak aku tempeh dengan kawan dia je..

and yang paling perempuan pikir
tapi mende-mende remeh yang paling leceh sebenarnya bagi lelaki...
iaitu... bagaimana nak posing cantik depan kamera...
haaa... letih laa yang lelaki nak melayan...
confirm yang lelaki... time nak bergambar-gambar nie... malu-malu kucing... hahaha...
eiii tak dapat bayangkan..atau semua ni nan hado nanti
..pak lebai mana nak semua ni haha
ampun yang
jangan marah pada bakal risikanmu ini haha



P/S: fuhh abis kisah cara-cara menghadapi hari pertunangan haha

next time citer persiapan kahwin lak insyaallah..

3 ulasan :

  1. bakal cikgu disini :) banyak info berguna...terima kasih :) follow blog kami ye ohmywedding-omw.blogspot.com

    BalasPadam