Rabu, 15 Januari 2014

..tips gear kereta untuk kereta automatik..



** Penggunaan gear dgn betul utk kereta automatik **


..Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light.. dpt agak sebab lampu reverse nyala kejap. bayangkan kalau terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama.kereta dah hon2. tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. boleh kondem gear box rasanya.

kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

nak jalan:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

Penggunaan tombol/butang pada batang gear:
1. tekan tombol semasa menukar 
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

pernah tegur org semua gear dia belasah tekan tombol masa tukar.
kalau gear yg jenis ada lekuk2 tu selamatlah. tombol tekan pun tak ada kan?

Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat.
jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.

R - reverse, untuk mengundur kereta anda

N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear
neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci 
pada tombol gear.

D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive - gear 
akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 
shj

3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 
untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear
seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu

L - Low gear, gear pertama

p/s: tak tahu lak selama ni..adoihaii

Tiada ulasan :

Catat Ulasan