Sabtu, 4 Januari 2014

..2014..lembaran baru..


Assalamualaikum..
bismillahirahmanirahim..

cpt masa berlalu..dah masuk hari ke empat dalam tahun 2014
umur makin meningkat dari sehari ke sehari
macam biasa, setiap kali tahun baru aku tak pernah miss buat benda satu ni
berAZAM..haha
tapi jarang azam tersebut terlaksana sampai masuk next year lagi lagi lagi dan lagi
phewwwww 
tahun ni akan banyak berlaku perubahan dalam hidup aku


1. Beli aset sendiri
alhamdulillah aku berjaya beli kereta dengan wang hasil titik peluh sendiri
honda JAZZ..bukan first choice tapi jadilah

tadaaa..my lovely miss J..

bersyukur sangat2.. walaupun lambat tapi kemudiannya aku berjaya
thanks a lot for my parent and en lalink..
tanpa support mereka aku pn tak semangat..
dah la penakut tahap kambing kena hujan..huhu
en lalink cakap sekrg dah pakai kereta jangan kelam kabut
risau dia sbb aku ni ntah pape..
alhamdulillah aku memandu dgn tenang
kena hon gak 3 4 kali sepanjang drive
KL uolls
macam kerek je memasing kalo memandu
sila consider dengan  i yang berapa cekap ni huhu

2.Menjadi Guru Bersistematik..
tahun ni aku dah tak berapa kelam kabut macam tahun-tahun sudah
masuk ni dah tahun ketiga aku mengajar
first posting aku, 23 Mei 2012..blurr2 lagi..tak tahu pape
yela uolls..aku tanam anggur dekat setahun setengah gak
skill mengajar pun dah basi..berkarat
tahun 2013..mood masih blurr tapi alhamdulillah
berkat doa mak ayah..pertolongan yg tersayang..sahabat2 baik..rakan2 guru 
aku belajar ckit2
tahun 2014..alhamdulillah dah cekap skit buat keje
dah kurang kelam kabut n clumsy hehe
list tugas aku tahun ni..
 Penyelaras Majalah Sekolah..Guru Nilam..
Penolong Setiausaha Jawatankuasa ICT Sekolah..Penolong Setiausaha Koperasi
Ahli Lembaga Koperasi Sekolah..Penolong Penyelaras VLE Frog 
Setiausaha Panitia Sains..Guru Sains Tingkatan 1, 3, dan 4..
Guru Penasihat Rumah Sukan Persona
phewww mybe ad lagi tugas aku tertinggal
GK (gila kuasa) la sangat haha

3. Fasa kehidupan berdua bersama encik lalink
Bulan lepas mak ayah encik lalink dah sound bila kami nak kahwin..
minggu lepas lak giliran mak ayah aku lak sound haha..
bergabung tenaga nampaknya korang ye..
Insyaallah kalo tak de arah melintang
bulan 3 nanti encik lalink datang terengganu rumah aku untuk merisik
langsung sekali bertunang masa tu gak..cuti sekolah time ni
memula kami rancang taknak bertunang
 tapi mak ayah aku cakap eloklah bertunang walaupun sekejap
tanda dah kena cop sebelum kitaorg buat persiapan untuk kahwin yang dijangka dalam tahun ni gak
alhamdulillah..
vengong je kami berdua..
siap yahooo yabedabedu ag pas mak ayah memasing bagi greenlight haha
tak tahan weh tak sabor nak kawennnnn (statement sengal!!haha)

4.Persiapan Barang Hantaran
takde pengalaman..masing2 masih blurr nak cari apa..
tula masa kawan2 rapat buat majlis tak pernah nye nak ambil tahu persiapan dorg haha 
skrg rs kan ..peningggg laaa..itu ini nak kena fkir
insyaallah majlis kami nanti ala kadar je..takde sanding2..
kami jemput untuk datang makan2 rapatkan sillaturahim je..
minggu depan start g cari cincin untuk aku n encik lalink
beli barang hantaran ckit-ckit dlu..igt nk p survey atau beli kat semua house atau sogo
standard tempat shopping kat KL katenyeee hehe..
encik lalink siap wt muka kesian lagi..oh my duit..
eh nak ambil anak org kne la bermurah hati keluarkan bajet sayang uii..
i pilih u bayar yeahyeahyeahh(keluar tanduk syaitonnirojim.. hakhakhak)

5. Tukar sekolah
ikutkan hati sedih gak bila igt nak kne tukar sekolah nanti
bukan senang nak adapt tempat kerja baru jah oi..
tapi yela sampai bila nak duk KL sorang2..
aku pun tak leh tahan duk sni..banyak giler giler orang asing 
menakutkan..rasa tak selamat..
rakyat malaysia rasa tak selamat duk kat negara sini ..berat nanang..
orang asing lagi over dari org malaysia..huhu
bila lah senario semua ni nak berubah..
aku kalau mintak tukar..haruslah dekat dengan encik lalink
insyaallah kami pn tgh usaha cari rumah di N9..
tak jauh sangat nak balik trganu..dalam 5 jam perjalanan dari Gemas N9..

6.Turunkan Berat Badan
susahnya nya nak kembali ke berat asal ideal huhu
chaiyok alia!!!
aku sekrg amalkan jenis diet atkins..try uolls google kat internet pasal diet ni
aku tak makan makanan ber karbohidrat
hanya ambil protein shj..contoh macam lauk pauk je..

7. Projek Pakai Braces
insyaallah 27 Jan 2014 aku warded di HKL 
untuk minor surgery buang gg bongsu yang takmo keluar
dugaan betul...

p/s: oh 2014..moga semuanya berjalan lancar





Tiada ulasan :

Catat Ulasan