Jumaat, 17 Januari 2014

..tips layan isteri hehe..


pesanan ikhlas utk encik lalink..hehe
sila take note ye cayang 

for lakik binik 
and becoming lakik binik
cubalah petua ni..


PETUA MELAYAN ISTERI


1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium….

2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love you lebih mudah.

3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terakhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.

4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.

5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…

6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.

7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.

8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan, dada atau bahu anda. Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat. Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim. 

Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.

p/s: masih belajar untuk menjadi yang lebih baik dari yang skrg huhu



Rabu, 15 Januari 2014

..tips gear kereta untuk kereta automatik..



** Penggunaan gear dgn betul utk kereta automatik **


..Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light.. dpt agak sebab lampu reverse nyala kejap. bayangkan kalau terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama.kereta dah hon2. tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. boleh kondem gear box rasanya.

kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

nak jalan:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

Penggunaan tombol/butang pada batang gear:
1. tekan tombol semasa menukar 
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

pernah tegur org semua gear dia belasah tekan tombol masa tukar.
kalau gear yg jenis ada lekuk2 tu selamatlah. tombol tekan pun tak ada kan?

Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat.
jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.

R - reverse, untuk mengundur kereta anda

N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear
neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci 
pada tombol gear.

D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive - gear 
akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 
shj

3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 
untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear
seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu

L - Low gear, gear pertama

p/s: tak tahu lak selama ni..adoihaii

Selasa, 14 Januari 2014

.tips perkahwinan n ketika berhadapan dengan mertua..


1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.


2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.

3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.

4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.

5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.

6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.

7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi ‘membeli’ kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.

8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.

9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.

insyaallah..

..7 jenis wanita yang sering diceraikan suami..


1. Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang ALLAH. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.

2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.

3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai ALLAH.

4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami dengan tetap melakukan maksiat.

5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.

6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.

7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi .

Sabtu, 4 Januari 2014

..2014..lembaran baru..


Assalamualaikum..
bismillahirahmanirahim..

cpt masa berlalu..dah masuk hari ke empat dalam tahun 2014
umur makin meningkat dari sehari ke sehari
macam biasa, setiap kali tahun baru aku tak pernah miss buat benda satu ni
berAZAM..haha
tapi jarang azam tersebut terlaksana sampai masuk next year lagi lagi lagi dan lagi
phewwwww 
tahun ni akan banyak berlaku perubahan dalam hidup aku


1. Beli aset sendiri
alhamdulillah aku berjaya beli kereta dengan wang hasil titik peluh sendiri
honda JAZZ..bukan first choice tapi jadilah

tadaaa..my lovely miss J..

bersyukur sangat2.. walaupun lambat tapi kemudiannya aku berjaya
thanks a lot for my parent and en lalink..
tanpa support mereka aku pn tak semangat..
dah la penakut tahap kambing kena hujan..huhu
en lalink cakap sekrg dah pakai kereta jangan kelam kabut
risau dia sbb aku ni ntah pape..
alhamdulillah aku memandu dgn tenang
kena hon gak 3 4 kali sepanjang drive
KL uolls
macam kerek je memasing kalo memandu
sila consider dengan  i yang berapa cekap ni huhu

2.Menjadi Guru Bersistematik..
tahun ni aku dah tak berapa kelam kabut macam tahun-tahun sudah
masuk ni dah tahun ketiga aku mengajar
first posting aku, 23 Mei 2012..blurr2 lagi..tak tahu pape
yela uolls..aku tanam anggur dekat setahun setengah gak
skill mengajar pun dah basi..berkarat
tahun 2013..mood masih blurr tapi alhamdulillah
berkat doa mak ayah..pertolongan yg tersayang..sahabat2 baik..rakan2 guru 
aku belajar ckit2
tahun 2014..alhamdulillah dah cekap skit buat keje
dah kurang kelam kabut n clumsy hehe
list tugas aku tahun ni..
 Penyelaras Majalah Sekolah..Guru Nilam..
Penolong Setiausaha Jawatankuasa ICT Sekolah..Penolong Setiausaha Koperasi
Ahli Lembaga Koperasi Sekolah..Penolong Penyelaras VLE Frog 
Setiausaha Panitia Sains..Guru Sains Tingkatan 1, 3, dan 4..
Guru Penasihat Rumah Sukan Persona
phewww mybe ad lagi tugas aku tertinggal
GK (gila kuasa) la sangat haha

3. Fasa kehidupan berdua bersama encik lalink
Bulan lepas mak ayah encik lalink dah sound bila kami nak kahwin..
minggu lepas lak giliran mak ayah aku lak sound haha..
bergabung tenaga nampaknya korang ye..
Insyaallah kalo tak de arah melintang
bulan 3 nanti encik lalink datang terengganu rumah aku untuk merisik
langsung sekali bertunang masa tu gak..cuti sekolah time ni
memula kami rancang taknak bertunang
 tapi mak ayah aku cakap eloklah bertunang walaupun sekejap
tanda dah kena cop sebelum kitaorg buat persiapan untuk kahwin yang dijangka dalam tahun ni gak
alhamdulillah..
vengong je kami berdua..
siap yahooo yabedabedu ag pas mak ayah memasing bagi greenlight haha
tak tahan weh tak sabor nak kawennnnn (statement sengal!!haha)

4.Persiapan Barang Hantaran
takde pengalaman..masing2 masih blurr nak cari apa..
tula masa kawan2 rapat buat majlis tak pernah nye nak ambil tahu persiapan dorg haha 
skrg rs kan ..peningggg laaa..itu ini nak kena fkir
insyaallah majlis kami nanti ala kadar je..takde sanding2..
kami jemput untuk datang makan2 rapatkan sillaturahim je..
minggu depan start g cari cincin untuk aku n encik lalink
beli barang hantaran ckit-ckit dlu..igt nk p survey atau beli kat semua house atau sogo
standard tempat shopping kat KL katenyeee hehe..
encik lalink siap wt muka kesian lagi..oh my duit..
eh nak ambil anak org kne la bermurah hati keluarkan bajet sayang uii..
i pilih u bayar yeahyeahyeahh(keluar tanduk syaitonnirojim.. hakhakhak)

5. Tukar sekolah
ikutkan hati sedih gak bila igt nak kne tukar sekolah nanti
bukan senang nak adapt tempat kerja baru jah oi..
tapi yela sampai bila nak duk KL sorang2..
aku pun tak leh tahan duk sni..banyak giler giler orang asing 
menakutkan..rasa tak selamat..
rakyat malaysia rasa tak selamat duk kat negara sini ..berat nanang..
orang asing lagi over dari org malaysia..huhu
bila lah senario semua ni nak berubah..
aku kalau mintak tukar..haruslah dekat dengan encik lalink
insyaallah kami pn tgh usaha cari rumah di N9..
tak jauh sangat nak balik trganu..dalam 5 jam perjalanan dari Gemas N9..

6.Turunkan Berat Badan
susahnya nya nak kembali ke berat asal ideal huhu
chaiyok alia!!!
aku sekrg amalkan jenis diet atkins..try uolls google kat internet pasal diet ni
aku tak makan makanan ber karbohidrat
hanya ambil protein shj..contoh macam lauk pauk je..

7. Projek Pakai Braces
insyaallah 27 Jan 2014 aku warded di HKL 
untuk minor surgery buang gg bongsu yang takmo keluar
dugaan betul...

p/s: oh 2014..moga semuanya berjalan lancar





Isnin, 30 Disember 2013

..zamang dulu bukang lening..




Kenangan di zaman kanak-kanak..sangat heavenn!!!!! hehe



gambor kat ateh tu bakal anak menakan ambe hehe

1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar..
 2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.. 
3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat..
4. Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi..
 5. Lukis burung guna huruf 'm'.. 
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit..
7. Masa kecil fikir bentuk hati macam ni ..
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati...
9. Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi . 1 jam dalam bilik air... 
10. Fikir dunia kartun memang wujud... 
11. Makan singgam. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan...
12. Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis... 
13. Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami...
14. Susun kusyen dan buat seni binaan...
15. Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki... 
16. Kawan terpijak kasut sekolah , lepas tu pijak kasut dia balik...
17. Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS, Titik-titik... 
18. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul...
19. Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak... 
20. Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja... 
21. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring... 
22. Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati...
23. Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang... 
24. Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang. Haha ...
25. Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu 
26. Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin...
27. Tak bagi kawan join masa main. Kalau nak join jugak dengan syarat kena main Ti Ai Pi Yu..haha 
28. Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut... 
29. Kencing dengan yakin sebab rasa dah sampai ke toilet, rupa-rupanya atas katil! Hahahaha...


p/s: cam comel jerwww kennnnn..


Rabu, 4 Disember 2013

..tips layan suami..



1. Isteri kena bangun awal daripada suami

2. Siapkan minuman pagi feveret suami
3. Bila suami pergi kerja, hantar sampai ke depan pintu, kalo isteri pergi kerja dahulu jangan lupa salam        
    suami dan bagitahu untuk keluar dulu
4. Bila suami pulang kerja, keadaan rumah jangan macam kapal tokang pecah. Sambut suami dengan    
    senyuman sampai ketelinga kalo boleh
5. Jangan lupa, sediakan makanan kesukaan suami. Tapi jangan pulak hari-hari masak benda yang sama 
6. Sederhana dalam berpenampilan. Kebanyakan laki-laki tidak suka pada perempuan yang berpenampilan 
    mekap tebal dan lebih terpesona kecantikan asli.
7. Jika ada masalah, berusahalah untuk tetap sabar dan menahan diri untuk tidak menyakiti hati suami.
8. Mendampingi suami dalam suka dan duka.
9. Berusaha untuk menjadi sahabat yang menyenangkan di bilik tidur. 
10. Jika ada persoalan, segera tanyakan dengan suami, jangan simpan masalah di hati. Apalagi 
    membocorkan rahsia diluar rumah.
11. Jika ingin keluar, minta izin atau atas pengetahuan suami.


p/s: macam??