1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum
berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan
luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk
menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa
yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you
sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan
sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama
kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas
pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan
meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu
rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan
biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran
mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada
disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah
berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting
untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa
bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta
tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau
suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad
untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang
anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah
sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa
bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah
isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta
untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan
berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang
baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda
mencapai matlamat tersebut.
19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan
sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk
melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan