SOLAT SUNAT
SEBELUM NIKAH
Solat sunat sebelum
nikah ini dilakukan sebelum majlis akad nikah.
Bilangan rakaatnya ialah 2
rakaat.
Cara untuk mengerjakannya ialah:
berniat dengan lafaz
niatnya:
“Usolli sunnatal ‘ursi rak’ataini lillahi Ta’ala. AllahuAkbar”
Sahaja aku solat sunat sebelum nikah dua rakaat kerana Allah Taala
Sahaja aku solat sunat sebelum nikah dua rakaat kerana Allah Taala
rakaat pertama:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
rakaat kedua:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
SOLAT SUNAT SELEPAS NIKAH
Solat sunat selepas
nikah ini boleh dikerjakan bagi pasangan yang baru selesai diakad nikahkan
dan
kedua-duanya disunatkan untuk mendirikan solat sunat ini, terutamanya lelaki.
Bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat,
dan bolehlah diikuti dengan sujud syukur.
Cara untuk
mengerjakannya ialah:
berniat dengan lafaz
niatnya:
“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”“
"sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”“
"sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
Rakaat pertama:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
Rakaat kedua
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
membaca doa
berikut selepas salam:
Contoh doa yang boleh
disebut di dalam bahasa Melayu:
“YA Allah,Engkau
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,segala puji-pujian bagi-Mu,seru sekalian alam.YaAllah,
aku bersykur kepada-Mu,telah selesai pernikahanku ini,kami memohon pada-Mu Ya
Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini.Engkau jadikanlah aku dan isteriku
orang-orang yang soleh.Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim, pada-Mulah kami
memohon pertolongan.
Engkau
anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan
isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan
tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami.Engkau berikanlah kami
kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai.
Engkau mesrakanlah
kami,bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad sae dan Siti Khadijah,Nabi
Yusuf dengan Zulaikha,Nabi Adam dan Hawa.Engkau anugerahkanlah padaku dan
isteriku anak-anak yang ramai dan soleh.Engkau anugerahkanlah kami kesihatan
dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan
sepanjang hayat mereka.Engakau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang
boleh merosak kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami”
“Ya Allah,Ya
Rahman, Ya Rahim,Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan
baik,lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram.Engkau
jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin
mengerjakan solat dan bertaqwa.Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya
aku, ister/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau
redhai.Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan
dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami.Engkau
peliharalah kami,isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara
bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun
yang batin”
“Ya Allah,Engkau
berkatilah umur kami,isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami
sehinggalah akhir hayat kami dan mereka.Engkau peliharalah kami, isteri/suami
kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya
Allah,kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam
menjauhi larangan-Mu”
“Bahagiakanlah
rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),
Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”
Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”
Antara Perkara Sunat
Selepas Nikah adalah: –
Meletakkan tapak tangan atas kepala isteri dan
berdoa.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan