Rabu, 14 Mei 2014

..tips merapatkan dan mengharmonikan hubungan cinta pasangan suami isteri..





1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.


19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Rabu, 7 Mei 2014

..#3 panduan solat sunat sebelum dan selepas nikah..


SOLAT SUNAT SEBELUM NIKAH

Solat sunat sebelum nikah ini dilakukan sebelum majlis akad nikah. 
Bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat.

Cara untuk mengerjakannya ialah:

berniat dengan lafaz niatnya:
“Usolli sunnatal ‘ursi rak’ataini lillahi Ta’ala. AllahuAkbar”
Sahaja aku solat sunat sebelum nikah dua rakaat kerana Allah Taala

rakaat pertama:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun

rakaat kedua:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas


SOLAT SUNAT SELEPAS NIKAH

Solat sunat selepas nikah ini boleh dikerjakan bagi pasangan yang baru selesai diakad nikahkan 
dan kedua-duanya disunatkan untuk mendirikan solat sunat ini, terutamanya lelaki. 
Bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat, 
dan bolehlah diikuti dengan sujud syukur.

Cara untuk mengerjakannya ialah:

berniat dengan lafaz niatnya:
“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”“
"sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

Rakaat pertama:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun

Rakaat kedua
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

membaca doa berikut selepas salam:
Contoh doa yang boleh disebut di dalam bahasa Melayu:

“YA Allah,Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,segala puji-pujian bagi-Mu,seru sekalian alam.YaAllah, aku bersykur kepada-Mu,telah selesai pernikahanku ini,kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini.Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh.Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan.
Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami.Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai.

Engkau mesrakanlah kami,bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad sae dan Siti Khadijah,Nabi Yusuf dengan Zulaikha,Nabi Adam dan Hawa.Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh.Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka.Engakau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami”

“Ya Allah,Ya Rahman, Ya Rahim,Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik,lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram.Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa.Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, ister/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai.Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami.Engkau peliharalah kami,isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”

“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami,isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka.Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah,kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”
“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),
Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

Antara Perkara Sunat Selepas Nikah adalah: – 
Meletakkan tapak tangan atas kepala isteri dan berdoa.

Khamis, 1 Mei 2014

# 2..tips walimatul urus...


yarkk lagi 4 bulan utk buat persiapan
tolak bulan puasa sbb maleih aku nk g usha-usha beli brg dalam dahaga dan kelaparan
hazab okk.kang ada lak perang badar berlaku nanti miahaaha

so bermakna tinggal 3 bulan lagikk
auwww tatutnyee itewww hehe
(gediksss bagi penampor kang)

Entry ni panjang hee…kalau rajin baca…
takde paksaan..sebagai panduan kepada sesiapa nak kawin nanti ..
sama-sama kita belajar yoo..
ni pun ada tips daripada bloger2 otai..aku jadikan panduan utk majlis kami nanti gak..

Aku mabuk…pening..and ting tong..excited pun ada..takut pun ada…
Ala ala caca merba la jiwaku ni gituu..
majlis nye tak lama lg..
sekarang dah start kene fikir..
nak-nak aku lak jenis kelam kabut huhu..clumsy lerr sangat
Ya Allah bagi lah ketenangan pada hambaMu ini
Permudahkanlah urusan kami untuk membina ‘masjid’..

Sempena nak mendirikan rumah tangga ni..
rajin gak lah aku duk online setiap minggu..
survey tips-tips yang boleh diguna pakai
untuk mempersiapkan diri kearah tu..sape tak cuak hoii…

Hal risik dah...hal tunang dah...
Kekecohan masa tunang aritu letak tepi..
Perkara dah lepas..tapi bila ingat balik kelakor je…hahaha
yela..macam itik dengan ayam
ganu vs nogori 
masing-masing ada adat masing-masing
aku ngan encik lalink bantai gelak je haha

skrg kena fikir hal kawin pulok..
Gaduh-gaduh manja gak la dgn encik lalink kalau bincang pasal ni..
Selalu je aku buat muncung itik sbb encik lalink kadang-kadang hangin dengan aku
Kejap itu kejap ini..kecoh hoii..
mestilah daku keliru nak buat keputusan
aku tak tahu nak tanya sape
aku mana ada kakak abang..adik-adik aku dua-dua lelaki..belajar lagi huhu
yes aku empat beradik je..abang aku dah xde (sad story for us huhu)
mak ayah aku awal-awal dah cakap ikut suka aku nak pilih ape..
tapi green light depa yang bagi haha

kekadang choyy je encik lalink duk komplen aku..
 " tensionnya tunang aku ni byk memilih plak... ambik jerlaa... penat dah ni jalan " 
sambil buat muncung..alololo

Cam siottt je
++ mulut awak tu boleh sangkut hanger tihihihi+++

Oh hello…u duk diam2..nanti I cubit ketam kan…
u layan je la k..hehe…
time ni la aku nak buli encik lalink..yeah yeah yeah

Untuk yang bernama lelaki tu..
korang kena faham ye..layan jela.. bukan sokmo pun
bukan suruh buat pape pn..teman n bg idea je kot
(psssttt fulus tu sila la hulur gak ye sayang haha)

setakat tunang ajak teman p barang tu..ikut jela…mmg lah dorang akan pot pet pot pet macam2..
kejap eh camni cantik..eh kalau cmni cantik gak..tak jadi lah..cmni cantik gak..weng kan haha..
tu yang guna korang kena ikut ..

kena buat keputusan untuk depa..sbb semua kan kite kena handle sendiri
kalau yang guna wedding planner boleh lah goyang kaki..cakap je nak tema apa..
bincang-bincang itu ini dah…
macam kami yang bajet ciput je ni..
kne lah fikir masak2 supaya majlis tu nanti tak nampak teruk
walaupun ala kadar sahaja uolllss..asal puas hati kann kan kan

bagi aku la kan.. nak beli barang kawin ni kena gak g sama2..
sbb masing-masing ada taste masing-masing
masa ni la kita boleh baca camna sikap sebenar pasangan kita

time ni tokleh cover2 baik ea…kalau tak puas ati ckp direct je..
buat apo senyap sbb kemudiannya ko sakit hati..
takmo gitu kan..eii takmo takmo
masa ni boleh tahu kegemaran dan kesukaan beliau..
apa yang beliau tak suka
masa kawan n bercintan cintun kekadang ada yang cover2 gak peel diri sendiri sebenarnya kan..
time nie lerrr baru rasa in reality...

lepas berumahtangga nanti lagi banyak keburukan n kebaikan pasangan kita boleh tahu..
pas ni , korek hidung depan mata pun ada aku keyysahahhh..kann

moga perjalanan hidup kami bersama lebih bermakna selepas sah nanti..
bergaduh tu normal..taknak mengaku kalah..nk menang gak
tapi percayalah..bila kedua-duanya puas hati...
time tu rasa.. bestnya dapat pasangan aku ni..
weng weng pun..ok gak…boleh tolak ansur gak..

romantik tau g beli barang kawin sesame chewwahhh ahaks…
aku dgn encik lalink kadang-kadang tak sama taste..
tapi selalunye encik lalink yang mengalah sbb malas nak layan..
sbb dia paling bosan kalau aku ajk keluar shopping..
tp time dia nk shopping boleh pulok pandai merajuk kalau aku malas nak layan
alalala anje anje je dia ni

ok dah abis bebel separuh haha..
separuh tu..bermakna panjang lagi entry ni haha
sekarang jom tgk checklist untuk kahwin plak ..
auw auw…excited uolllsss (gediks sih) haha..
aku jumpa checklist ni masa blog walking..
terima kasih bebanyak bro sbb tips anda banyak membantu..

mula-mula ye tuan puan adik abe kakok

pertama.. Set dulu tema majlis

Ha..yang ni untuk majlis aku n encik lalink temanya cokelat..di ulang cokelat hehe
sbb kitaorang buat simple..sekadar untuk majlis kenduri kesyukuran n sambut menantu je kot..
baju pun dua pasang sorang je…nikah n kenduri belah encik lalink
tapi kalau bab ni ikutlah pilihan hati masing-masing ye..nak banyak2 tema..ada org keysah haha


kedua tempah dewan / khemah

ni penting supaya kita boleh dapat apa yg kita nak..
aku n encik lalink decide kitaorang buat kat rumah je..org kampung
so kena fikir nak tempah khemah, meja and kerusi lengkap dgn pinggan mangkuk n cawan
rewang kat kampung je uolls
tapi yang nak buat kat dewan tu aku tepek bro tu punya tips kat bawah ni..
mohon baca..

Apa beza buat kat rumah dgn dewan? Memula aku pn tak tahu
Tapi lepas baca kat blog bro ni baru aku faham
Condition kita berbeza..
Bagi yg duk kt bandar eloklah tempah dewan bagi aku
Sbb kawasan bandar mana luas mana
Lainlah kawasan kampung.. kalau tak cukup rumah ngko..
rumah jiran pun ko boleh susun kerusi meja buat org tumpang makan heeee

alkisah dari blog bro tu…cerita pasal dewan:

·         Sewaan dewan mesti dalam lingkungan 8 jam. Setiap jam tak silap 50 – 100... lebih kurang rm800 untuk 8 jam... ingat.. ini hanyalah sewa dewan yang kosong semata-mata.
·         Sewa kerusi meja : rm 1500..yang ini paling chokia punyer... kerusi putih.. meja bulat/panjang dengan lapik meja yg biasa and simple..nota: TIADA SCALLOP..sila survey lagi mungkin korang boleh dapat lagi murah..
·         Sewa Red Carpet : Total adalah rm800 + rm1500 = rm2300. Ok, so korang tak teringin ker berjalan atas red carpet ?? hahahah... red carpet adalah average rm300 - rm400... means... korang jalan atas duit... hehehe..
·         Sewa bunga-bunga : haaa... ni aku nak buat sedikit bunga/bunga sepanjang aku jalan tuh.. apa ntah nama dia.. aku tak ingat da panggil apa... so sewa setiap pasu bunga yang kecik2 tuh setiap satu rm40-rm75.. bergantung bunga apa... huhuhu
·         Tempat sanding : hehehe.. tempat sanding pulak daaa kena pikir… ahahaha… yang nie aku x amik.. sebab belah laki.. jadi aku tak tanya... bergantung pada kemahuan/citarasa korang.
·         Tempat makan : ok yang nie biasanya dah termasuk dengan harga kerusi meja....
·         Ok lepas korang fikir nie..... korang kena tambah lagi lebih kurang RM 150 untuk kerja-kerja permbersihan. Ini tidak wajib, tetapi kalo tidak bersihkan dewan bila majlis.. so deposit pembersihan akan burn laa
·         Total lebih kurang RM 2500 +/-. Yang aku cakap hanyalah berdasarkan kepada dewan DBKL... bukan dewan yang lebih cantik and gah... yang lain... sila lah buat penilaian anda sendiri…
·         untuk dewan under masjid banyak jimat.. tempah pun boleh ikut masa berapa jam yang korang nak... tak perlu pelamin... tak perlu jugak kompang or sebagainya.. tapi masalahnya adalah tempahan dewan masjid hanya boleh dibuat bawah dua bulan sebelum tempoh korang kawen.. kalo nak bermain dengan risiko.. silakan

Kebaikan Dewan :
Parking senang..Mudah akses; orang ramai tau / banyak kemudahan..Tak payah sibuk-sibuk bersihkan rumah / ngemas bilik pengantin sebelum and selepas majlis..Besar and selesa bagi yang menjemput berpada-pada. Kalo dewan kecik jemputan 3000 org… x ker naya..Cantik sket pemandangan kalo nak berrgambar reramai 7 keturunan..Semua dapat masuk.


Khemah dengan rewang:

Tempahan untuk khemah

Orang ramai dah tahu… kalo panggil sanak saudara kat kampung ; diorg tak perlu pening-pening cari lokasi korang kawin.
Bersempit2 so  menampakkan majlis kiter ramai, meriah dan happening…tak perlu difikir sangat keselesaan pada org yg nak datang, diorg pun dah biasa plus diorg bukannya datang untuk duduk situ lama-lama. Paling kuat 2 jam. So tak perlu difikirkan sangat..cukup semua pinggan mangkuk..cawan sudu..air lauk nasi semua bagai sudeyy..

GUNA AKAL BILA BERFIKIR HEHE….TERPULANG PADA MASING-MASING PUNYER KEMAMPUAN

Untuk aku DAN encik lalink..kami kena tempah:
·         Khemah
·         Kerusi
·         Meja

Ketiga ialah pasal makan n minum rewang 

a.k.a bekwoh a.k.a big work together2je..
kerjasama sesame jemaah kampung..ni kena rujuk our bigboses a.k.a our parents
·         Cari tukang masak
·         Beli bahan rewang
·         Sewa periuk belanga kuali
·         Gelas
·         Pinggan
·         Sudu senduk sudip kihkihkhih
·         Yang penting sendiakan tisu yang sewajarnya.. no no no yang cap apek bersih taik..aku paling angin g mana2 majlis kahwin nak nak kat kampung pakai tisu tandas..mencii..cam tak beradap..org guna buat kesat buntut..ko bagi orang kesat mulut lak ai

Keempat adalah  perihal baju pengantin

Semua perkara di atas perlu disettlekan selepas dah dapat tarikh untuk nikah..
Pastu fikir perkara lain pulok..

  kelima

PENTING!!!

Kedua-dua pihak

1.       Sijil Kursus kahwin
2.       Ambik HIV Test. (amik kat mana-mana klinik kerajaan; tak kisah pun sama ada nak amik kat negeri masing-masing ataupun tidak; bayaran rm 1; tunggu sejam– dua jam..atas nasib haha)
3.       Ambik surat mohon perkahwinan; kat mana-mana pejabat agama daerah ker negeri ker
4.       Buat Surat pengesahan majikan; surat akuan bujang (dilampirkan kat bawah kalau nak ikut format nie tapi biasanya company dah ada format sendiri. Cube Tanya HR masing-masing)
5.       Tempah kad kahwin.
6.       Start la carik barang-barang untuk hantaran. banyak nak kena jimat tapi nak beli barang yg best-best. Caranya beli time sale.. raya cina sale banyak maa..fuhhh duit-duit
7.       Lepas tu kene fikir pulak cameraman/videoman ke… terpulang.. ikut kemampuan..wajib bagi aku sbg kenang-kenangan masa tuo..hehe…(matilah camna gamaknyee nak pujuk encik lalink supaya setuju huhu)

Belah perempuan

1.       Isi borang mohon nikah dan suruh lelaki isi cepat-cepat..gertak kat dia nak kahwin lambat ke cpt haha..wengg
2.       Dapat surat mohon kahwin daripada lelaki yang telah siap diisi, bawak balik kat kawasan tempat untuk nikah, hantar dan terus booking tok kadi .. Book tempat / tok kadi sbb cuti sekolah banyak noo org nak nikah huhu
3.       Pergi la spa mengurut..rapi-rapikan diri supaya masa kahwin t nampak lagi berseri hehe

Belah lelaki

1.       Isi borang surat mohon kahwin dan pass kat perempuan
2.       Sediakan duit hantaran mueheehe
3.       Cari rumah lepas nikah..aku PJJ dengan encik lalink nanti buat sementara sob2.. menumpang umah mak mertua lo jawabnya sebelum aku dapat pindah sekolah..
4.       Cari tempat honeymoon..horreeyyy
5.       Mengurut…servis badan..errr tiada kupasan..harus atau wajib…


keenam 
Rancangan Perbelanjaan

Sebelum / Persiapan Nikah Kahwin
·         Barang - barang Hantaran (belah Perempuan)
·         Barang - barang Hantaran (belah Lelaki)
·         Ujian HIV Lelaki
·         Ujian HIV Perempuan
·         Upah Tok Kadi
·         Upah Saksi
·         Kad Kahwin (Lelaki + Perempuan)
·         Servis Badan (Urut / Facial / Sauna dll)

Ketika Nikah / Kahwin (belah Perempuan)
·         Khemah
·         Kerusi meja pinggan mangkuk sudu
·         Kenduri makan minum
·         Pakaian Nikah
·         Rombongan Menghantar (lelaki)
·         Minyak + Tol + Homestay/Chalet
·         Doorgift

Sambut Menantu (belah Lelaki)

·         Khemah
·         Kerusi meja pinggan mangkuk sudu
·         Kenduri makan minum
·         Pakaian Pengantin
·         Rombongan Menghantar (Perempuan)
·         Minyak + Tol + Homestay/Chalet
·         Doorgift