Khamis, 23 Oktober 2014

..kuih kelepong..

alkisah di waktu tengah hari..

cik dah: omak nak buat kuih kelepong ni..ko makan tak lia? meh sni omak ajarkan ko buek...sok-sok sonang tak yah beli kat kodai..
aku: cmne tu mak?..lia tak pernah dgr lagi nama kuih tu..hehe.. (bukti menantu zaman moden..buta tradisonal namanyee) 
cik dah: alah kuih hijau2 bulat2 ltk gula melako kek dlm tu..
aku: (masih tidak dpt membayangkan organisma apekahh itu..mende gape gak kelepong ni ..strees mikir)

setengah jam kemudian.....bla bla..bla
cik dah: ni haaa..



aku: ohemmmjiii cittt..kelepong is onde-onde roperrnyewwwww.. 

menyampah i..
buat penat berkerut dahi teruja menilik cik dah ni buat mende gape auuu


kuih kelepong a.k.a onde onde a.k.a buah melako

p/s: semakin banyak belajar perkara baru dalam hidup

Isnin, 20 Oktober 2014

alhamdulillah..bahagia..kami dah kahwin.. =)..


assalamualaikum..
auchummm bersawang dah blog ni
igt takmo dah berblogging..tapi duk sesaje rindu la pulok hehe

lately ni aku dengan encik lalink bz dengan tugas sekolah
aku dengan marking paper pt3
encik lalink dengan exam pertengahan tahun pelajar dia 
ada sukan sekolah lagi
biaso la kan..kerja memang takkan abis
abis nya bila kita dah menutup mata buat selama-lamanya

 alhamdulillah
syukur ke hadratMu Ya ALLAH

 ‘Fabiayyi âlâ'i Rabbikumâ tukadzdzi bâ’, 
nikmat Tuhan kamu manakah yag kamu dustakan?

 Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu
tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan

akan di kenang sampai akhir hayat kami

SABTU
12 SEPTEMBER 2014
9.00PM

alhamdulillah dengan sekali lafaz
kami sah sebagai suami isteri
tak tergambar perasaan tersebut..
sangat-sangat bersyukur

selama 6 tahun kami berkawan dan bercinta
susah senang bersama-sama
gelak ketawa menangis gembira
suka dan duka

macam di alam sebuah mimpi
dia suamiku
aku isterinya

semalam 
sebelum tidur 
encik lalink sampaikan tazkirah
panjang lebar pesan dia..terharu aku..sedih pun ada bila igt balik

hidup kita ni umpama laut dengan ombak




alam rumah tangga ni banyak cabaran
ada manis ada pahit
masa bercinta memang lah boleh cover line
nampak cantik n elok je
tapi lepas dah kahwin baru kena peel masing-masing
masing-masing kena terima kekurangan diri masing-masing
bertolak ansur
kalau bergaduh jangan dibiar melarat
kena salah seorang mengalah
jangan malu meminta maaf

ewahh cam dah pro je aku ni bila bab tips hehe
bukan ape..peringatan juga buat kami suami isteri
lagi pulok..kami ni hidup berPJJ buat sementara waktu
lagi banyak cabaran..penat usah nak kata la hai..
berulang alik setiap minggu gilir-gilir
encik lalink masih mengajar di negeri sembilan
aku pulok masih mengajar di KL...
seriously KL tempat paling bosan bagi aku 
serabut giler dengan warga asing yang menakutkan

kalau ada rezeki dapatlah aku tukar sekolah dekat dengan encik lalink sikit
duk kampung lagi best..biorlah org cakap mundur tak maju tak moden
ada den keysahh..
doakan kami ye...


Love u Yayang 



Rabu, 9 Julai 2014

..being a baby sitter in the "jurassic park"..


bujang
guru
bukanlah suatu gelaran yang mudah untuk hidup bersenang lenang
hoho
huwaaaaa

isnin-jumaat : mengajar
sabtu: kursus ladap
ahad : jaga budak

persiapan kahwin?? dah kelaut sikit haha
takde perasaan nak sambung kerja kahwin yang tergendala
letih rasa badan ni..hoii huk aloh..huhu
sejak minggu lepas 
dah tak boleh beristirehat sangat di hujung minggu
aku terpaksa tlg adik encik lalink jaga anak-anaknya
sebab dia kena g kursus 3 bulan di johor
bini dia pulok sibuk belajar menjahit
anak-anak takde pengasuh nak jaga

adohai..seriously seram nak jaga budak-budak tu
lasaknya seperti dinosaur di Jurassic park..huhu
encik lalink dah awal-awal bagi warning: 
"haha masak lah sayang kena buli dengan dorang nanti hehe"
---kure ase kan gelakkan aku --- 
aku tlg pn sbb nak jaga hati dia je (kantoi tak ikhlas haha)

bayangkanlah
aku baru je nak angkat takbir nak solat ada je bunyi salah sorg duk melalak
huhu..tensi mak teh ko ni nak oii

tapi ada satu story paling rare berlaku hari tu..
haha..bila teringat mesti tergelak

''waaaaaa cikta, amcar tembak nonek aniq..sakit hukhukhuk"

sambil peluk aku
sambil cakap nonek aniq nonek aniq..sakit..sakit
blurr jap aku haha
pebodo ko ckp dik oii

aku mana la nak faham sgt bahasa budak-budak tecik ni..
tak biasa..pelik je..
foning..tanya encik lalink baru aku faham haha
ada juga camtu

agak kijam gak abgnya tu..kejadah apelah g tembak bird adik huhu..
adoii..selagi tak tidur selagi tu la nightmare bagi aku..sabar jelerr

ni lah gerangan hamba Allah di Jurassic park tu 
minggu ni ketemu lagi dengan syarat 


"cikta beli transformer lak ea"

sudoh bangkrappp.. ai is koma---(@ ^ #)


p/s: suko hati budak-budak ni je nak panggil aku ape..kejap cikya, cikta, kak lia haha..
ape pon voleyyy

"hidup ni menarik sebenarnya"


Selasa, 1 Julai 2014

..almost done!..


alhamdulillah
persiapan majlis dah semakin banyak dah buat 
kebanyakkannya dah settle 

baju aku n en lalink
kad kahwin kedua-dua pihak 
hantaran kedua-dua pihak
tempat akad nikah (kami nikah di masjid)
kadi, saksi
tempahan khemah
tempahan barang rewang

cuma ada la cikit-cikit yang tak berapa nak settle
doorgift kedua-dua pihak
banner n pertunjuk arah (ni org yang aku tempah kad yang lupo buat ..munciiii ai huhu)
DIY photoshoot booth 
decorate bilik pengantin

kadang-kadang terfikir jugak 
persiapan kemain lamo
majlis nye singkat je..dalam beberapa jam untuk satu hari
adoii

sekarang duk merajinkan diri DIY riben yang syommeelll dan ringkas
harus up diri sendiri hehe


p/s: almost aku DIY je sorang-sorang persiapan kahwin ni..aku suka ringkas
serabut aku riben-riben yang bling2 huhu 

Khamis, 19 Jun 2014

..he got's Anugerah Pencapaian Cemerlang..


hari ni encik lalink g ambil anugerah..
gambor tak do..beliau ni jenis "kedekut" nak tayang mukee beliau
 hatta dgn aku sendiri pn begitu..huhu
terlalu eehsemmm katenyee

what the fish??

papepun iklas dari lia,
tahniah cayang..u deserve to get it

aku tumpang bersyukur  n gembiri je..
lepas ni kena kerja lagi kuat ea

encik lalink sbg role model untuk aku berjaya kelak..
amin




Selasa, 17 Jun 2014

..kenyang weh ..!!!..


assalamualaikum
entry kepamm namenyeee
balik cuti minggu lps
baru nak up kan haha..so ayat jadi tunggang langgang
layannzzz

hola..lamo aku berhibernasi tanpa coretan di blog hehe
musim cuti sekolah dah tiba..
as a teacher, tibolah maso aku balik kg tanpa gangguan
dah beberapa purnama dah merantau..
yabedabeduuu..heaven!!

start dari perjalanan nak balik ke trgnu, tak henti-henti aku mencekik haha
gila menketedarah je kerja..
panjang je jelingan encik lalink kat aku
bernanah agaknye telinga cik abang itew bila aku start berzikir kat dia
"ala badan lia makin montel ..tenseeennnyeee"

tapi tetap tak insaf noksss..
makan makan makan makan..itu yang  PENTING!

odw nak balik kg banyaok no meninggah sanan sinunn
memula singgah rumah angah kat shah alam makan nasi+daging blackpepper


lps g umah angah..singgah pulok umah adik encik lalink kat keramat makan yong taufu
perghh mavelesss


boleh pulok malam tu menyinggah rumah besan bakal mak mertuaku di bemban, melako..
dihidangnya pulok nasi ambeng..jauh aku merantau bak hang sebelum sampai terengganu..
ponek! 
memula aku pelik giler tgk nasi ni..bergaul bagai...
kembang tekak aku..
aku jenis tak makan yang bergaul2 n bercampuk aduk camni huhu..
boleh tahan cerewet gak aku kalau bab mkn haha..
berbeza dgn encik lalink..
beliau jenis tak kisah makan apa pun..semua bedal hehe
takpo kerana kasih ku kutelan juaaaa..


pastu menyinggah rumah bakal mertua pulok..
alkisahnya ke sana sebab balik nak ambil barang hantaran encik lalink
sebabnya encik lalink temankan aku balik kampung
risau katenyeee aku balik sensorang
(terharu huhu..keromantikkanmu yang sukar ditafsirkan oleh org lain..
aku kena faham-faham sendiri) 

bakal mak mertua ai ni teramatlah rajin
salutee aku..
semua makanan dia buat takde nye bahan ready made
semuanya fresh dari kawasan sekitar rumah dia
berasalah juga aku makan nasi+masak lomak cili api ayam kampung+kuih koci
siap tapaukan utk bawak balik terengganu..alahai..



sedap uolls..dah kembang semangkuk dah pp aku akibat makanan ni semua huwaa
lps tu kami pun bergeraklah pulang ke terengganu
odw balik terengganu lak encik lalink ajak singgah beli jagung n kacang tanah rebus
makanya kami tapau masa kat area rantau abang..
ni kes nak pujuk aku sebab aku merajuk dengan dia haha
anje anje ko mek yaa ea
selalu je beliau guna teknik umpan dgn makanan..
cairr nokss aku kalau dgn makanan..
penggila tol hhuhuhuuu
dalam kereta sambil bersembang kami makan
most of all aku yang bedal haha
sodapp..lama tak makan ni semua



argghhh penuh dgn makanan..tertelan ailio den huhu  

singgah kat simpang chendering pukul 12 tengah malam
 pekena ikan bakor ..sedap..pasni boleh try lagi


balik je rumah,makan mcm-mcm aku makan..start dari khamis sampai la ari sabtu minggu lps
tak habis-habis dengan foot hunter haha
tak larat nak up semua..skit2 jela..telan ailioo lagikkk arghhh

gulai kawah terengganu
musim kenduri kendara skrg..haruslah ada lauk ni rumah aku sbb ayah aku tukang masak
atenyee asal cuti adalah kenduri kendara
ayah aku la paling seybukk..org kuat..tukang masok
takde tukang masak takdelah makanan nak makan kn kn kn
muok dah kami anak beranak makan haha...tapi sedap gillsss
kadang-kadang aku main ratah je tanpa nasi


asah skill memasak dengan...

sotong tumis putih


lala masam manis


makan kueytiaw kungfu dgn tom yam kat bukit payong dgn mak...
pasni aku tak gi dah tmpt ni..omakhai lambat  nak hidup nak siapkan makanan

macam-macam lagi la aku makan
sate ikan..kepok lekor (harus wajib ada)..bubur lambuk
telinga kambing (bahahaa..jangan salah faham, ni nama kuih ea..cam dorayaki jepun tu)
banyak lagikk laaa..gila kan..perut tong gas ni..

p/s: pas ni kawal makan..
kang gedempol cam itik serati aku gak yang menangis tgk badan sendiri


..datuk abdul jalil ali..best columnist..


mula-mula sekali baca artikel tulisan datuk ni dalam majalah keluarga rasanya
bikin gua gelak sakan ayat dia
sinis..makan dalam..lucu sangat..memang jujur ayat dia tulis haha
so gigih la aku cari buku-buku dia tulis..beli n baca sampai abiss
setakat ni hanya nilah dua buku dia aku beli n baca tihiii..




jiwa kacau pun boleh jadi ceria..fulamakkk ayat tuu haha
yang lain-lain buku dia odw..kalau g kedai buku rajin gak usha buku-buku dia
kebanyakkan banyak yang sold out  huhu
teruskan berkarya datuk..anda legend!


Isnin, 16 Jun 2014

...susah gillssss..


ai is tensii
susah gilss nk cari veil, sulaman, selendang sama kaler baju encik lalink pilih ni
sbb bakal bini dia  ni maha cerewet 
kemain nak ezeklliii warna tu gakkk..
owh jemaaahhh..
owh jiwaku migrain..

heepppp mee




Rabu, 14 Mei 2014

..tips merapatkan dan mengharmonikan hubungan cinta pasangan suami isteri..





1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.


19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Rabu, 7 Mei 2014

..#3 panduan solat sunat sebelum dan selepas nikah..


SOLAT SUNAT SEBELUM NIKAH

Solat sunat sebelum nikah ini dilakukan sebelum majlis akad nikah. 
Bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat.

Cara untuk mengerjakannya ialah:

berniat dengan lafaz niatnya:
“Usolli sunnatal ‘ursi rak’ataini lillahi Ta’ala. AllahuAkbar”
Sahaja aku solat sunat sebelum nikah dua rakaat kerana Allah Taala

rakaat pertama:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun

rakaat kedua:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas


SOLAT SUNAT SELEPAS NIKAH

Solat sunat selepas nikah ini boleh dikerjakan bagi pasangan yang baru selesai diakad nikahkan 
dan kedua-duanya disunatkan untuk mendirikan solat sunat ini, terutamanya lelaki. 
Bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat, 
dan bolehlah diikuti dengan sujud syukur.

Cara untuk mengerjakannya ialah:

berniat dengan lafaz niatnya:
“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”“
"sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

Rakaat pertama:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun

Rakaat kedua
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

membaca doa berikut selepas salam:
Contoh doa yang boleh disebut di dalam bahasa Melayu:

“YA Allah,Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,segala puji-pujian bagi-Mu,seru sekalian alam.YaAllah, aku bersykur kepada-Mu,telah selesai pernikahanku ini,kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini.Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh.Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan.
Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami.Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai.

Engkau mesrakanlah kami,bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad sae dan Siti Khadijah,Nabi Yusuf dengan Zulaikha,Nabi Adam dan Hawa.Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh.Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka.Engakau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami”

“Ya Allah,Ya Rahman, Ya Rahim,Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik,lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram.Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa.Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, ister/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai.Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami.Engkau peliharalah kami,isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”

“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami,isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka.Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah,kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”
“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),
Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

Antara Perkara Sunat Selepas Nikah adalah: – 
Meletakkan tapak tangan atas kepala isteri dan berdoa.

Khamis, 1 Mei 2014

# 2..tips walimatul urus...


yarkk lagi 4 bulan utk buat persiapan
tolak bulan puasa sbb maleih aku nk g usha-usha beli brg dalam dahaga dan kelaparan
hazab okk.kang ada lak perang badar berlaku nanti miahaaha

so bermakna tinggal 3 bulan lagikk
auwww tatutnyee itewww hehe
(gediksss bagi penampor kang)

Entry ni panjang hee…kalau rajin baca…
takde paksaan..sebagai panduan kepada sesiapa nak kawin nanti ..
sama-sama kita belajar yoo..
ni pun ada tips daripada bloger2 otai..aku jadikan panduan utk majlis kami nanti gak..

Aku mabuk…pening..and ting tong..excited pun ada..takut pun ada…
Ala ala caca merba la jiwaku ni gituu..
majlis nye tak lama lg..
sekarang dah start kene fikir..
nak-nak aku lak jenis kelam kabut huhu..clumsy lerr sangat
Ya Allah bagi lah ketenangan pada hambaMu ini
Permudahkanlah urusan kami untuk membina ‘masjid’..

Sempena nak mendirikan rumah tangga ni..
rajin gak lah aku duk online setiap minggu..
survey tips-tips yang boleh diguna pakai
untuk mempersiapkan diri kearah tu..sape tak cuak hoii…

Hal risik dah...hal tunang dah...
Kekecohan masa tunang aritu letak tepi..
Perkara dah lepas..tapi bila ingat balik kelakor je…hahaha
yela..macam itik dengan ayam
ganu vs nogori 
masing-masing ada adat masing-masing
aku ngan encik lalink bantai gelak je haha

skrg kena fikir hal kawin pulok..
Gaduh-gaduh manja gak la dgn encik lalink kalau bincang pasal ni..
Selalu je aku buat muncung itik sbb encik lalink kadang-kadang hangin dengan aku
Kejap itu kejap ini..kecoh hoii..
mestilah daku keliru nak buat keputusan
aku tak tahu nak tanya sape
aku mana ada kakak abang..adik-adik aku dua-dua lelaki..belajar lagi huhu
yes aku empat beradik je..abang aku dah xde (sad story for us huhu)
mak ayah aku awal-awal dah cakap ikut suka aku nak pilih ape..
tapi green light depa yang bagi haha

kekadang choyy je encik lalink duk komplen aku..
 " tensionnya tunang aku ni byk memilih plak... ambik jerlaa... penat dah ni jalan " 
sambil buat muncung..alololo

Cam siottt je
++ mulut awak tu boleh sangkut hanger tihihihi+++

Oh hello…u duk diam2..nanti I cubit ketam kan…
u layan je la k..hehe…
time ni la aku nak buli encik lalink..yeah yeah yeah

Untuk yang bernama lelaki tu..
korang kena faham ye..layan jela.. bukan sokmo pun
bukan suruh buat pape pn..teman n bg idea je kot
(psssttt fulus tu sila la hulur gak ye sayang haha)

setakat tunang ajak teman p barang tu..ikut jela…mmg lah dorang akan pot pet pot pet macam2..
kejap eh camni cantik..eh kalau cmni cantik gak..tak jadi lah..cmni cantik gak..weng kan haha..
tu yang guna korang kena ikut ..

kena buat keputusan untuk depa..sbb semua kan kite kena handle sendiri
kalau yang guna wedding planner boleh lah goyang kaki..cakap je nak tema apa..
bincang-bincang itu ini dah…
macam kami yang bajet ciput je ni..
kne lah fikir masak2 supaya majlis tu nanti tak nampak teruk
walaupun ala kadar sahaja uolllss..asal puas hati kann kan kan

bagi aku la kan.. nak beli barang kawin ni kena gak g sama2..
sbb masing-masing ada taste masing-masing
masa ni la kita boleh baca camna sikap sebenar pasangan kita

time ni tokleh cover2 baik ea…kalau tak puas ati ckp direct je..
buat apo senyap sbb kemudiannya ko sakit hati..
takmo gitu kan..eii takmo takmo
masa ni boleh tahu kegemaran dan kesukaan beliau..
apa yang beliau tak suka
masa kawan n bercintan cintun kekadang ada yang cover2 gak peel diri sendiri sebenarnya kan..
time nie lerrr baru rasa in reality...

lepas berumahtangga nanti lagi banyak keburukan n kebaikan pasangan kita boleh tahu..
pas ni , korek hidung depan mata pun ada aku keyysahahhh..kann

moga perjalanan hidup kami bersama lebih bermakna selepas sah nanti..
bergaduh tu normal..taknak mengaku kalah..nk menang gak
tapi percayalah..bila kedua-duanya puas hati...
time tu rasa.. bestnya dapat pasangan aku ni..
weng weng pun..ok gak…boleh tolak ansur gak..

romantik tau g beli barang kawin sesame chewwahhh ahaks…
aku dgn encik lalink kadang-kadang tak sama taste..
tapi selalunye encik lalink yang mengalah sbb malas nak layan..
sbb dia paling bosan kalau aku ajk keluar shopping..
tp time dia nk shopping boleh pulok pandai merajuk kalau aku malas nak layan
alalala anje anje je dia ni

ok dah abis bebel separuh haha..
separuh tu..bermakna panjang lagi entry ni haha
sekarang jom tgk checklist untuk kahwin plak ..
auw auw…excited uolllsss (gediks sih) haha..
aku jumpa checklist ni masa blog walking..
terima kasih bebanyak bro sbb tips anda banyak membantu..

mula-mula ye tuan puan adik abe kakok

pertama.. Set dulu tema majlis

Ha..yang ni untuk majlis aku n encik lalink temanya cokelat..di ulang cokelat hehe
sbb kitaorang buat simple..sekadar untuk majlis kenduri kesyukuran n sambut menantu je kot..
baju pun dua pasang sorang je…nikah n kenduri belah encik lalink
tapi kalau bab ni ikutlah pilihan hati masing-masing ye..nak banyak2 tema..ada org keysah haha


kedua tempah dewan / khemah

ni penting supaya kita boleh dapat apa yg kita nak..
aku n encik lalink decide kitaorang buat kat rumah je..org kampung
so kena fikir nak tempah khemah, meja and kerusi lengkap dgn pinggan mangkuk n cawan
rewang kat kampung je uolls
tapi yang nak buat kat dewan tu aku tepek bro tu punya tips kat bawah ni..
mohon baca..

Apa beza buat kat rumah dgn dewan? Memula aku pn tak tahu
Tapi lepas baca kat blog bro ni baru aku faham
Condition kita berbeza..
Bagi yg duk kt bandar eloklah tempah dewan bagi aku
Sbb kawasan bandar mana luas mana
Lainlah kawasan kampung.. kalau tak cukup rumah ngko..
rumah jiran pun ko boleh susun kerusi meja buat org tumpang makan heeee

alkisah dari blog bro tu…cerita pasal dewan:

·         Sewaan dewan mesti dalam lingkungan 8 jam. Setiap jam tak silap 50 – 100... lebih kurang rm800 untuk 8 jam... ingat.. ini hanyalah sewa dewan yang kosong semata-mata.
·         Sewa kerusi meja : rm 1500..yang ini paling chokia punyer... kerusi putih.. meja bulat/panjang dengan lapik meja yg biasa and simple..nota: TIADA SCALLOP..sila survey lagi mungkin korang boleh dapat lagi murah..
·         Sewa Red Carpet : Total adalah rm800 + rm1500 = rm2300. Ok, so korang tak teringin ker berjalan atas red carpet ?? hahahah... red carpet adalah average rm300 - rm400... means... korang jalan atas duit... hehehe..
·         Sewa bunga-bunga : haaa... ni aku nak buat sedikit bunga/bunga sepanjang aku jalan tuh.. apa ntah nama dia.. aku tak ingat da panggil apa... so sewa setiap pasu bunga yang kecik2 tuh setiap satu rm40-rm75.. bergantung bunga apa... huhuhu
·         Tempat sanding : hehehe.. tempat sanding pulak daaa kena pikir… ahahaha… yang nie aku x amik.. sebab belah laki.. jadi aku tak tanya... bergantung pada kemahuan/citarasa korang.
·         Tempat makan : ok yang nie biasanya dah termasuk dengan harga kerusi meja....
·         Ok lepas korang fikir nie..... korang kena tambah lagi lebih kurang RM 150 untuk kerja-kerja permbersihan. Ini tidak wajib, tetapi kalo tidak bersihkan dewan bila majlis.. so deposit pembersihan akan burn laa
·         Total lebih kurang RM 2500 +/-. Yang aku cakap hanyalah berdasarkan kepada dewan DBKL... bukan dewan yang lebih cantik and gah... yang lain... sila lah buat penilaian anda sendiri…
·         untuk dewan under masjid banyak jimat.. tempah pun boleh ikut masa berapa jam yang korang nak... tak perlu pelamin... tak perlu jugak kompang or sebagainya.. tapi masalahnya adalah tempahan dewan masjid hanya boleh dibuat bawah dua bulan sebelum tempoh korang kawen.. kalo nak bermain dengan risiko.. silakan

Kebaikan Dewan :
Parking senang..Mudah akses; orang ramai tau / banyak kemudahan..Tak payah sibuk-sibuk bersihkan rumah / ngemas bilik pengantin sebelum and selepas majlis..Besar and selesa bagi yang menjemput berpada-pada. Kalo dewan kecik jemputan 3000 org… x ker naya..Cantik sket pemandangan kalo nak berrgambar reramai 7 keturunan..Semua dapat masuk.


Khemah dengan rewang:

Tempahan untuk khemah

Orang ramai dah tahu… kalo panggil sanak saudara kat kampung ; diorg tak perlu pening-pening cari lokasi korang kawin.
Bersempit2 so  menampakkan majlis kiter ramai, meriah dan happening…tak perlu difikir sangat keselesaan pada org yg nak datang, diorg pun dah biasa plus diorg bukannya datang untuk duduk situ lama-lama. Paling kuat 2 jam. So tak perlu difikirkan sangat..cukup semua pinggan mangkuk..cawan sudu..air lauk nasi semua bagai sudeyy..

GUNA AKAL BILA BERFIKIR HEHE….TERPULANG PADA MASING-MASING PUNYER KEMAMPUAN

Untuk aku DAN encik lalink..kami kena tempah:
·         Khemah
·         Kerusi
·         Meja

Ketiga ialah pasal makan n minum rewang 

a.k.a bekwoh a.k.a big work together2je..
kerjasama sesame jemaah kampung..ni kena rujuk our bigboses a.k.a our parents
·         Cari tukang masak
·         Beli bahan rewang
·         Sewa periuk belanga kuali
·         Gelas
·         Pinggan
·         Sudu senduk sudip kihkihkhih
·         Yang penting sendiakan tisu yang sewajarnya.. no no no yang cap apek bersih taik..aku paling angin g mana2 majlis kahwin nak nak kat kampung pakai tisu tandas..mencii..cam tak beradap..org guna buat kesat buntut..ko bagi orang kesat mulut lak ai

Keempat adalah  perihal baju pengantin

Semua perkara di atas perlu disettlekan selepas dah dapat tarikh untuk nikah..
Pastu fikir perkara lain pulok..

  kelima

PENTING!!!

Kedua-dua pihak

1.       Sijil Kursus kahwin
2.       Ambik HIV Test. (amik kat mana-mana klinik kerajaan; tak kisah pun sama ada nak amik kat negeri masing-masing ataupun tidak; bayaran rm 1; tunggu sejam– dua jam..atas nasib haha)
3.       Ambik surat mohon perkahwinan; kat mana-mana pejabat agama daerah ker negeri ker
4.       Buat Surat pengesahan majikan; surat akuan bujang (dilampirkan kat bawah kalau nak ikut format nie tapi biasanya company dah ada format sendiri. Cube Tanya HR masing-masing)
5.       Tempah kad kahwin.
6.       Start la carik barang-barang untuk hantaran. banyak nak kena jimat tapi nak beli barang yg best-best. Caranya beli time sale.. raya cina sale banyak maa..fuhhh duit-duit
7.       Lepas tu kene fikir pulak cameraman/videoman ke… terpulang.. ikut kemampuan..wajib bagi aku sbg kenang-kenangan masa tuo..hehe…(matilah camna gamaknyee nak pujuk encik lalink supaya setuju huhu)

Belah perempuan

1.       Isi borang mohon nikah dan suruh lelaki isi cepat-cepat..gertak kat dia nak kahwin lambat ke cpt haha..wengg
2.       Dapat surat mohon kahwin daripada lelaki yang telah siap diisi, bawak balik kat kawasan tempat untuk nikah, hantar dan terus booking tok kadi .. Book tempat / tok kadi sbb cuti sekolah banyak noo org nak nikah huhu
3.       Pergi la spa mengurut..rapi-rapikan diri supaya masa kahwin t nampak lagi berseri hehe

Belah lelaki

1.       Isi borang surat mohon kahwin dan pass kat perempuan
2.       Sediakan duit hantaran mueheehe
3.       Cari rumah lepas nikah..aku PJJ dengan encik lalink nanti buat sementara sob2.. menumpang umah mak mertua lo jawabnya sebelum aku dapat pindah sekolah..
4.       Cari tempat honeymoon..horreeyyy
5.       Mengurut…servis badan..errr tiada kupasan..harus atau wajib…


keenam 
Rancangan Perbelanjaan

Sebelum / Persiapan Nikah Kahwin
·         Barang - barang Hantaran (belah Perempuan)
·         Barang - barang Hantaran (belah Lelaki)
·         Ujian HIV Lelaki
·         Ujian HIV Perempuan
·         Upah Tok Kadi
·         Upah Saksi
·         Kad Kahwin (Lelaki + Perempuan)
·         Servis Badan (Urut / Facial / Sauna dll)

Ketika Nikah / Kahwin (belah Perempuan)
·         Khemah
·         Kerusi meja pinggan mangkuk sudu
·         Kenduri makan minum
·         Pakaian Nikah
·         Rombongan Menghantar (lelaki)
·         Minyak + Tol + Homestay/Chalet
·         Doorgift

Sambut Menantu (belah Lelaki)

·         Khemah
·         Kerusi meja pinggan mangkuk sudu
·         Kenduri makan minum
·         Pakaian Pengantin
·         Rombongan Menghantar (Perempuan)
·         Minyak + Tol + Homestay/Chalet
·         Doorgift