Jumaat, 25 Januari 2013

..25/01/2013..



selamat hari lahir untuk diri aku sendiri hehe..
(spesies apakah ini ucap hari lahir untuk diri sendiri..ohhh biarlah aku punya sukee ler) 

dah tua dh aku ni..tanpa sedar..ermmm cpt je masa berlalu..
sunyi je malam ni..
yang ada cuma sorang mamat ni je...
on time wish bufday kat aku..ringkas je..

25/01/2013 12.01AM
"selamat hari lahir syg..semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki syg..amin"

ok serius itu je.. itu je..lepas tu dia senyap..sambung buat kerja..kerja..dan kerja..
tak de romatika de amor bagai..tak de..
jangan tanya hadiah,,,takde..
jangan tanya bab jiwang..tak de..
(itu aku je..haha) 
tapi kalau dah jiwang tu aku lak rs nak fengsann haha
jadilah..asal dia igt sudah..hehe
itulah cik abg gua..

dan apa aku buat??

 aku..

aku.



huk aloh..

melangut lah sorang-sorang..
tu kan hobi sejak azali aku
duduk dalam gelap..
kelip-kelip mata kunun pandang siling..
bila la nak tidur ni..
12.30 am dh..esok kerja..alahai..


Khamis, 24 Januari 2013

..jawapan bagi pertanyaan..





bila pertanyaan berbunyi: Pernah tak ada lelaki yang TEGUR  

"awak, nampak rambut." 

"awak, tudung jarang." 

" awak tudung singkat"

"awak, nampak lengan."


aku jawab: Ya ..pernah..dari dulu sampai sekarang..tak jemu-jemu

tapi bezanya si dia kadang-kadang tegur aku secara berkias

"syg..lagi bertambah cantik abg tgk kalau tudung tu dilabuhkan..
tutup bahu..pakai handshock...pakai stokin..
biarlah orang lain tengok macam serabut je tapi di mata abg manis je abg tgk.."

insyaAllah..istiqamah..

..puisi Ilahi..




Bisik Angin Menyapa Hati
Sampaikan Rinduku Menari Bersama CahayaMu
Rangkuman Cerita Tertulis
Ukiran Jiwaku Setia Memeluk Di SenjaMu

Bisik Angin Menyapa Hati
Sampaikan Rinduku Menari Bersama CahayaMu
Rangkuman Cerita Tertulis
Ukiran Jiwaku Setia Memeluk Di SenjaMu

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Rahman Ya Rahim
Sembah Sujud Hanya PadaMu

Rangkaian Beribu Kata
Puisi Yang Terindah.. Tercipta

Atas Nama-Nama Cinta
Hadirkan Yang Terindah
Ya Allah.. Ya Allah

Rangkuman Cerita Tertulis
Ukiran Jiwaku Setia Memeluk Di SenjaMu




Sabtu, 12 Januari 2013

..malu tapi terpaksa..



arghhh tension aku..
malu tapi aku terpaksa..
its normal cikgu alia
normal
take it easy..
cool
rileks 
selamba..pheiuuuwwww

boo acaner ni..huhu

tadi aku duk siapkan nota budak 
sains tingkatan 3 bab 4: pembiakan
bab pembiakan!!1
dengor macam biasa
tapi lemah mak jemah baca bila pasal 'barang-barang' itu 
malu aku nak sebut 'barang-barang' tu kat anak-anak murid 
budak-budak ni umor 15 tahun..umur menggedik dan menggatal
apekah perlu diterangkan pasal telur yang tidak boleh digoreng??
apekah perlu diterangkan pasal tempat berlakunya panc**an  (ejakulasi )
(dengor macam luc**h kan) 
huhuhu..

risau fikir..tak ajor salah..ajor pun takut disalahertikan..
diajor teori tapi karang takut dipraktikan pulak oleh budak2 tu.. 
alahai cikgu..

redha jela
tabik spring kat senior2 dulu yang ajr  bab ni..


..huhu..

cek mek molek wave3 ni dah selalu buat hal la ni
tak dengar orang duk menjerit di sebalik talian
acaner ni..
baru pakai tahun lepas dah blurr dah 
tuannya tak do wang nak tukar baru huhu



samsung wave3
ayah dan omak aku dah kobarkan...beli je yang lain..
nak bercakap payah..kena menjerit!! 
(aku takde sampai pekak pun sebab aku tak dengor diorang jerit apa haha)
aduhai..kitew sayang ini telefon huhu
sementalaah fulus pun kurang hahaha

tapi gedik gak view hp baru...usha-usha je..
bestnya kalau dapat

htc one x..saiz sama dgn wave3 gak..android


samsung galaxy camera..




dslr nikon d3100 (d3100 sesuai untuk yang baru nak start guna dslr) 



p/s: ermm angan-angan




..KL12Januari2013..

sejarah tercipta harini..
aku kagum dengan semangat mereka 
bekerjasama
menyuarakan hak sebagai rakyat yang bencikan rasuah
politik kotor..fitnah memfitnah
takbirrrrrrrrrrrrr..

suasana di stadium merdeka..tempat di mana sejarah itu berlaku..

p/s: pagi tadi telefon mak ayah..mintak izin nak pergi juga kat sana..
ermm tapi mereka tak benarkan..takut jadi apa2 hal yang tak di ingini huhu
nak buat macam mana..dgr ckp ibu bapa.. 
mereka lebih memahami asam garam kehidupan.. 
berhati-hati walau dimana anda berada.. 

malaysia is not unsafe country anymore..




Rabu, 9 Januari 2013

..zaman remaja dulu-dulu..



apa aku buat?.

sekolah kat kampung
sampai laa
tingkatan lima ..umur 17 tahun
tak pernah kenal erti merendek (bebas bersama kawan-kawan)
 tapi  selepas SPM, pertama kali keluar rumah tanpa ayah dan mak..
naik bas secara sendiri pergi bandar kuala terengganu
tu pun sebab nak tukar IC baru 

sementara 3 bulan tunggu result SPM
pegang gelaran penganggur muda yang berhemah
fikir-fikir, tak boleh jadi ni, kena mesti cari kerja
punyalah payah nak cari kerja..merata-rata tempat
 nak cari duit poket sendiri bukan sonang
dapat la kerja kat kedai makan depan jalan air jernih
puas merayu baru dapat kerja ngan kak la..sepupu aku
pheww... cuci pinggan mangkuk tepi longkang..haha 
erkk jadilah..
duit yang dapat ciputt je tapi  yang keluar banyak
hampeh je tokey..kedeee!!
mementang aku budak tecik..ambil kesempatan huhh ...

pastu dapat tawaran masuk matrik 
first time jauh dari keluarga
homesick den..malam-malam nangis bawah bantal sorang-sorang
kadang-kadang ikat perut nak makan
sampaikan ada satu masa beli cucur bilis seketul sebesar kecik ckit dari tapak tangan.. bahagi 2..
1 bahagian makan tengahari, 1 bahagian makan malam haha
sebabnya duit biasiswa rm1000 utk 6 bulan da tinggal ciputt
takut nak mintak duit dengan mak ayah huhu
kadang-kadang rasa rendah diri
kalau sembang sikit dengan kawan-kawan sekuliah
kebanyakkannya duk cerita zaman belajar kat MRSM, SBP, MAAHAD
SMK SAINS, SRI PUTERI..bla bla bla (sekolah yang gempak cemerlang budak pandai)
yeke?..hehe..hanya yang tahu je boleh faham kann
aku lak?
aku : saya sekolah kat kampung saya
si B: owh (muka bosan)
huhu

abis je matrik
balik kampung tanam 'anggur' lagi..tak berbuah sebab modal tak cukup haha..
disebabkan kejap je masa cuti untuk  tunggu tawaran masuk univ..
aku tak cari la kerja partime..
duk rumah..oh bukan goyang kaki macam mem besar you..
kena la tolong omak kat rumah..

pastu dapat tawaran masuk univ
tahu-tahu jela kan ..zaman  belajar kadang-kadang ada juga miskin walaupun dapat ptptn
so semester ketiga aku ikut kawan berniaga pasar malam dengan sorang makcik ni
jual rojak singapore haha..nyummy
mula-mula kekok gak..tp lama-lama ok je..
tapi kena berhenti sebab kena fokus semester akhir huhu..
tolong kawan serumah jaga anakknya..
jadi baby sitter you..
dah la aku ni kasaq..acaaner aku jaga..jangan kuatir..time ni aku lemah gemalai..haha

alhamdulillah pejam celik pejam celik..dapat juga abiskan study..
perit mengadap kebuk wasap selama 7 jam tanpa keluar makmal masih lagi terbayang..
(nak buat tesis sotong punya pasal)
ermm masa tengah tunggu nak ambil ijazah
banyak kerja yang aku buat..

pertama: kerja jaga tokki aku..kat hospital..jururawat tak de tauliah
rumah kedua aku dulu ni

kedua: kerja jadi tukang kebun kat nursery..gaji rm350sebulan....ko ado haha
(pasal kerja ni la muka aku hitam legam sampaikan gambo convo aku kena di adobe photoshop kan haha)
aku berhenti kerja sebab nak konvo n tak larat dah nak jalan kaki p kerja ulang alik balik rumah..
panas dowh..cam orang gila je orang tengok...yela datang kerja wangi..
balik kerja, busyukk n berselut haha
demam sokmo masa ni..

dalam masa tengah tunggu temuduga spp untuk masuk pendidikan
aku cari la keje lain
nak tahu kenapa
sebabnya kami budak-bukan ijazah sarjana muda pendidikan ibarat digantung tak bertali
flow kemasukkan kerja tidak seperti biasa macam seni0rr lepas
penempatan kami telah DIBEKU kan sehingga diberitahu
banyak sebabnya..wallahualam..
dekat 1 TAHUN tunggu..ntah pape..malaysia.. haha

masa tu tekanan jiwa je rasa bila orang tanya
eh bukan ke cikgu..kenapa tak keje lagi... betul ke ni ambil cikgu
ciiiitt takkan aku tipu lak..perlu ke tunjuk sijil huhh..

cari-cari kerja semua kena reject sebab mereka nak pekerja tetap
(suka betul aku dengan perkataan 'sebab' haha)
macam muka aku ni dah ada cop mahu bekerja sementara hoho 

tapi alhamdulillah rezeki aku..mak aku dapatkan aku kerja
korang ingat kerja best ke?ada aircond? oh tidak...
hanya mampu jadi tukang cuci pinggan mangkuk lagi la aku..bezanya ada sink cantik macam kat rumah..bukan tepi longkang haha...teringat zaman belasan dulu..haha..kerja ni juga aku buat..
gaji setakat rm600..tolak tambang nak ke tempat kerja, tlg mak ayah beli barang dapur, 
ada la dalam rm200 aku dapat bersih
masa kat tempat kerja ni..ramailah budak- budak remaja kolej jururawat datang kt kedai bos aku
kekwat siok depan aku...bajet belajor kolej..hei jemah, ada aku kisah...
kome tak tahu sape aku (eh astaghfirullah ..riak tu cik alia.)

penat sangat kerja ni..rehat masa makan je..lain-lain masa kena buat kerja.. 
tak boleh rileks macam datin wannabe
kalau bos aku namapak potong gaji dowh...
sistem nya ..ko malas gaji potong..ko tak datang tak dikira gaji.. 
jadi senang citer  gaji dikira ikut hari kita bekerja..

time dapat gaji paling tak gembira..sebab tahu akan dapat ciput je haha
tp alhamdulillah aku ada duit poket sendiri ..tak menyusahkan mak ayah aku dah walaupun ciput
kami bukan orang sonang..
masa tengah masih kerja kat kedai makan tu, aku kena bercuti 
sebab  (sebab lagi haha) dapat tawaran temuduga SPP (suruhanjaya perkhidmatan pendidikan)

tapi kan..dah lama peristiwa temuduga tu, 
 paling gembira sekali masa tengah goreng popiah ..
why??? why???
tetiba encik lalink mesej..n buat miskol..
dah awek nya tak dengar sgt mesej masuk...orang tu nak bagitahu hal penting...apedaa (nak tunjuk pekerja cemerlang kunun..)
mesej ni dalam kategori buat aku senyum lebar tahap kambing sengih nampak gg selain mesej lain yang dalam kategori sama haha..

sungguh memang gembira tak terkata..penantian berakhir dan terjawab sudah
aku lulus spp dan tahu penempatan bekerja..dekat KL..tempat aku mengajar la ni..
alhamdulillah..setelah puas menangis, kenang nasib, tekanan perasaan, cari maklumat n alert pasal posting dari kementerian dan kawan-kawan, n of course fb , muhasabah diri, motivasi dari orang sekeliling, nasihat mak ayah, sweety.. solat hajat..tawakkal, akhirnya dapat..
alhamdulillah syukur..

p/s: bosan kan hidup zaman remaja aku hahaha




Selasa, 8 Januari 2013

..eh peah..modennya mung!!..

aku tak faham la..
masih aku tak faham 
puas dah aku fikir..

apakah yang dikatakan sebagai seorang yang berjiwa moden??
kat buku sejarah huraiannya pendek..kat blog n tenet ayat sastera sangat (ahee alasan..) 
adakah ciri-ciri di bawah mematuhi kriteria berjiwa moden dan up to date?..

duduk di bandaraya besar seperti KL..
pakai pakaian berjenama yang tak cukup kain
dedah aset..euwww..rugiiii..tak limited edition you..

" manusia itu diciptakan oleh Allah SWT BERBEZA..
takde yang sama walaupun seiras.. sekembar dan sebagainya" 

so..bangga lah sebab setiap kita dijadikan  sebagai seorang yang limited edition..
jangan jadikan kita sebagai barang bundle secondhand..

ni ha..
macam orang duk pakai seluar femes la ni..aku tak tahu apa namanya sebenar
tapi aku panggil seluar stokin..
ketat macam stokin je aku tengok..
heran aku  ..konfiden je sarung..td jumpa kat bawh flat.. makcik tahap nenek geleber pun pakai
sengsara gua tengok ayarkkkk..!!..
moden..ikut pesen zaman la ni ..katanya kunun..
apa lagi??
haa dengar lagu ompotih
kinja-kinja lompat-lompat kanggaroo..
wajib tengok wayang n konsert tetiap minggu
lepak kedai sampai ke malam
gesel-gesel ngan balak depan orang ramai
tangan 24 jam pegang hp, tab, galaxy updates pesbuk twitter..
korek gg pun boleh jadi new feed kat wall FB orang....alahai..

ohh itu kah?
itu antaranya la kot setakat aku tengok pada orang yang mengaku berjiwa moden..

yang paling tak boleh blah
ada pulak yang spesies  tidur sebilik dengan balak (tak sesuai nak bahasakan kekasih)
 ..apekah??
berkemban bagai depan balak..woww cam laki bini..phewwiittt 
cintan matikah??
macam tahap duk icu je muka kalo sesaat tak mampu tahan tak sentuh kulit balak..
cop haram jadah 
(ayokkk tak tahu..ni pok najib ajar cakap camni..aku tak ikut dia tapi tiru ayat dia je huhu) 
kahwin la peah oi..boleh gak melekat-lekat 24jam...cop halal..
orang pun tak berbulu tengok..

(cam hangin je aku ni kan..sabor haha..ilekss cikgu alia..kang anak murid baca tak ke haru..
ambil yg positif je ea anak-anak murid..sama-sama kita belajar jadi BAIK..huhu)


persoalanya ciri-ciri itu semua betul ker?
moden kah?

bagi aku secara peribadi
tu bodoh bengong namanya..
dah nama kau peah binti mamat..
binti tu tandanya anak kepada orang Islam..
Islam
eh mengaku Islam??
cara hidup Islam macam tu kah ajaran nya
kalau aku yang tak de ikatan pape ngn kau ni sedih je tengok..
mak ayah kau lagi lah.. makan hati ulam jantung..
nak buat kenduri pun tak lalu..kot..

kita dah dewasa..
fikirlah sikit..

aku bukan ustazah nak nasihat orang guna hadis n nas al-Quran  bagai
aku banyak khilaf gak sepanjang suku abad hidup kat muka bumi ni..
tapi kita ni dikurniakan akal..fikirlah mana baik mana buruk
hidup bukan sekejap..

sok-sok kalau oksigen tak sampai kat otak lebih daripada 4 minit.. 
(eh ayat ni macam kenal..owh td aku baru ajar anak murid bab respirasi haha..)
terus mati tak sempat nak menyesal dah peah oii..tak takut ke?
aku takut..jom kita sama-sama berubah..jd baik..bukan jadi tolol..huhu

p/s: hidup makin mencabar..godaan dunia makin banyak..
jauhkanlah aku dan keluargaku dari merasai hari kiamat semasa masih bernyawa..tak sanggup merasai dan tengok ketakutan itu..huhu..matikan kami dalam keadaan beriman kepadaMu Ya Allah..amin


Isnin, 7 Januari 2013

..mana poie lak ai..

sonyap yo blog ni..
mana la ai tuan tanah ni poie..
manaaaaaaaa!!!!
arghhhhhh!!!
(parah ..jiwa kacau ni..)

ada la uit..tengok ni..tengok..tengok..
(buat-buat nampak la ye =) ) 

sebenarnya..kami kan...kami kan 
memang sibuk dengan kerja kat sekolah 
sampai tak de masa nak usha blog sendiri n blog org lain..huhu
encik lalink sibuk dengan data sekolahnya
almaklum lah cikgu data sekolah 
memang aku tahu tugas ni berat n serabut..aku kalo boleh taknak pegang tugas ni haha
mengalahkan pak menteri sibuknyeee..
eden pun dia wat derkk je sob2..(oh yang ni cikgu alia tipu sunat ..sila jangan percaya hehe)..
to encik lalink : jangan sentap ea abg...syg gurau je..ampun pak..
tapi heaven gak sebab jadual waktu encik lalink dikurangkan..ermmmmm ..tukor nak?
eh lupa sekolah lain-lain hehe..dusyummmm 

tapi ini seriuss
KAMI MEMANG SIBUK huhuhu

makin lama makin banyak beban kerja..
kalau setakat mengajar tu tak dak hal..tapi tugas pentadbiran yang leceh
sape yang faham bidang pendidikan macam mana takkan cakap tugas guru itu mudah..percayalah.. 
tanggungjawab ni cukup mencabar..takkan jumpa dalam bidang lain..
mudah dapat pahala..mudah dapat dosa..masyaallah

tahun ni bermula lah cabaran sebenar aku sebagai seorang pendidik..
dulu..awal-awal posting boleh la bernafas sikit..kelas pun tak banyak..tak terlibat dengan kelas peperiksaan..lagi-lagi lak budak2 praktikal tolong take over sebahagian kelas (heaven you)
tapi tahun ni mak ai makin mencabar..
aku kena ajar semua kelas tingkatan 3 untuk mata pelajaran sains (kalau result jatuh acaner nak jawab..ammma takuttt)..tambah lagi mata pelajaran ICT- literasi komputer..ICT-ICT..camno aku boleh terjebak dengan matapelajaran ni..asas pun lintang pukang huhu..

mencabarnya tugas seorang guru zaman sekarang
emosi, rohani, jasmani, batin kena kuat..kena bersedia
kena terima setiap cabaran..
kena belajar walaupun tak tahu n tak yakin mampu buat
budak-budak makin maju..makin kurang beretika dengan cikgu..
makin banyak ragam..makin..makin..makin entah..aku pun tak tahu nak cakap apa dah haha..
yang penting pandai-pandai la cikgu main peranan
kerja pendidik tak ikut musim..setiap tahun akan jumpa benda baru dan ada perubahan..

aku pulak tadi dapat pulak tugas baru..
sebagai pengkarang majalah sekolah yang entah2 pape lak ai..
redha..terima jela.. belajor..

tapi kan..walaupun banyak rungutan kita dengar dari seorang guru, 
sebenarnya kebanyakkan mereka ikhlas..
bukan semata-mata sebab dapat kerja tetap..
bukan aku nak puji diri sendiri ke apa..
sebab kalau sedar n fikir balik.. 
nak ajar dan mendidik anak-anak bukan mudah
ibarat kertas putih diconteng dengan pensel
aku pernah baca quote ni..kat mana entah ..tak ingat 

'setitik coretan dakwat mampu merubah sesuatu'

sama lah macam tugas cikgu..
sepatah ayat keluar dari mulut cikgu, akan dinilai ..
setiap apa yang cikgu ajar akan dinilai
cikgu..senang nak dapat pahala, senang nak dapat dosa.. 

takut woo..mampukah kami..insyaallah kami cuba yang terbaik

p/s: Sabda Rasulullah saw: Apabila seseorang anak adam( manusia ) meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan dari 3 hal iaitu, Sedekah yang mengalir ( jariah ), Ilmu yang bermanafa'at, dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya. Diriwayatkan oleh Muslim..

moga ilmu yang tak seberapa ini kami kongsikan dengan anak-anak murid, dapat mereka gunakan untuk kebaikan..maaf andai ada kekhilafan cikgu..


Selasa, 1 Januari 2013

..bila orang dah benci..

layan lagu baru saleem ni best gak 
 tranung kiter..bereh boh..deme memang megang..


Tak guna memujuk lagi

Pabila orang dah benci
Tak perlu rayu simpati
Dia dah tak sudi
Oh…

Biarpun ku masih sayang
Kasihku tak pernah padam
Tetapi apakan daya
Terpaksa ku lepaskan

Sampai hatimu melihat diriku dihukum begini
Seluruh hidupku bagaikan mati tak bernyawa lagi

Mengapa sayang engkau hancurkan
Niat suciku menyunting dirimu
Sedangkan dulu engkau berjanji
Kau hanya milikku

Bila orang dah benci
Tiada guna ku nanti
Lebih baik ku pergi
Pergi membawa diri
Bila orang dah benci
Tinggal aku sendiri
Orang pun dah tak suka
Dikenang pun tak guna

Bukan niatku untuk berpisah dengan dirimu
Aku terpaksa memilih dia
Aku terpaksa lupakan dirimu
Oh… kejamnya sikapmu padaku

Bila orang dah benci
Tiada guna ku nanti
Lebih baik ku pergi
Pergi membawa diri
Bila orang dah benci
Tinggal aku sendiri
Orang pun dah tak suka
Dikenang pun tak guna

Bila orang dah benci
Tiada guna ku nanti
Lebih baik ku pergi
Pergi membawa diri
Bila orang dah benci
Tinggal aku sendiri
Orang pun dah tak suka
Dikenang pun tak guna

p/s: lagu orang dulu-dulu boleh dihafal..lagu zaman sekarang sekadar dengar je..