Isnin, 30 Disember 2013

..zamang dulu bukang lening..




Kenangan di zaman kanak-kanak..sangat heavenn!!!!! hehe



gambor kat ateh tu bakal anak menakan ambe hehe

1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar..
 2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.. 
3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat..
4. Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi..
 5. Lukis burung guna huruf 'm'.. 
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit..
7. Masa kecil fikir bentuk hati macam ni ..
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati...
9. Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi . 1 jam dalam bilik air... 
10. Fikir dunia kartun memang wujud... 
11. Makan singgam. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan...
12. Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis... 
13. Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami...
14. Susun kusyen dan buat seni binaan...
15. Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki... 
16. Kawan terpijak kasut sekolah , lepas tu pijak kasut dia balik...
17. Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS, Titik-titik... 
18. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul...
19. Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak... 
20. Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja... 
21. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring... 
22. Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati...
23. Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang... 
24. Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang. Haha ...
25. Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu 
26. Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin...
27. Tak bagi kawan join masa main. Kalau nak join jugak dengan syarat kena main Ti Ai Pi Yu..haha 
28. Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut... 
29. Kencing dengan yakin sebab rasa dah sampai ke toilet, rupa-rupanya atas katil! Hahahaha...


p/s: cam comel jerwww kennnnn..


Rabu, 4 Disember 2013

..tips layan suami..



1. Isteri kena bangun awal daripada suami

2. Siapkan minuman pagi feveret suami
3. Bila suami pergi kerja, hantar sampai ke depan pintu, kalo isteri pergi kerja dahulu jangan lupa salam        
    suami dan bagitahu untuk keluar dulu
4. Bila suami pulang kerja, keadaan rumah jangan macam kapal tokang pecah. Sambut suami dengan    
    senyuman sampai ketelinga kalo boleh
5. Jangan lupa, sediakan makanan kesukaan suami. Tapi jangan pulak hari-hari masak benda yang sama 
6. Sederhana dalam berpenampilan. Kebanyakan laki-laki tidak suka pada perempuan yang berpenampilan 
    mekap tebal dan lebih terpesona kecantikan asli.
7. Jika ada masalah, berusahalah untuk tetap sabar dan menahan diri untuk tidak menyakiti hati suami.
8. Mendampingi suami dalam suka dan duka.
9. Berusaha untuk menjadi sahabat yang menyenangkan di bilik tidur. 
10. Jika ada persoalan, segera tanyakan dengan suami, jangan simpan masalah di hati. Apalagi 
    membocorkan rahsia diluar rumah.
11. Jika ingin keluar, minta izin atau atas pengetahuan suami.


p/s: macam??

..pelupa ialah penyakit berbahaya..



baru aku sedar
(selama ni buat-buat tak sedar..notty!!)
aku seorang yang PELUPA!!
masalah ni selalu buat encik lalink naik hangin puting beliung dengan aku huwaaaa
dua karung guni dia bebel kat aku..
masih lagi aku lupa..

adoi..
tak tahu camne nak berubat dah
tak sembuh-sembuh..
ada je aku lupa
memanjang lupo..
jangan nanti dah kahwin aku lupo tok laki sudeyyy
haa tidak..choyyy sangat!!


ntah pape peel daa...

aritu aku lupa letak hp ntah kat mana..
terpaksa kena block nombor telefon
(ni la nanya bila pakai postpaid)
pastu beli hp lain lak.
last-last,semalam encik lalink msj 
"abg jumpa hp syg bawah seat belakang kereta"
gulp..bila baca, tetiba cuak..salah aku lagi tak check betul2..huwaaa..

ini serius..
aku kadang-kadang lupa bawa barang penting

selama bekerja kat KL ni banyak kali aku lupa bawa wallet
nasib baik imegresen tak buat spot-check
kalau tak ntah mana-mana dorang akan pos aku
 sbb tak tahu rakyat negeri mana huhu
nasib baik aku selalu letak duit seringgit duit dalam beg sekolah aku
kalau tak, takdenye aku p keje..mc emergency haha

pernah gak aku lupo makan
bila syok tahap kambing buat keje..
tak ingat dunia sekeliling dah..
ni peel sejak dari zaman sek..
aku syak aku dapat gastrik sebab ni la kot..
tapi sekarang bab makan takkan ku lupakan
Kata kawan aku ''makanan dan alia tak dapat dipisahkan''
hehe..itu betul dan tepat..

paling kerap aku punya pelupa adalah
lupa makan ubat
tak pernah ikut jadual..sehari dua boleh lagi
bila dah lebih dari tu mulalah aku
eh ada ubat kena makan ke..eh eh eh
pas dah banyak kali eh..takdenye aku makan
buat-buat lupo..
agaknye ni kot balasan atas sikap buruk aku
rasakan..

urmmmm


p/s: survival for healthy life..

Ahad, 1 Disember 2013

..alhamdulillah..syukur Ya Allah..


Alhamdulillah
satu impian telah tercapai
tq my Cayang coz help me a lot
huwaaa nk nanges tgk dia tanpa penat
tolong settlekan semuanya
demi impian poyo aku!!
Alhamdulillah
syukur teramat..

guess what??
awesome u !!
akhirnya selepas buat pengiraan gaji
tolak tambah mana yang patut
aku dah decided dengan sepenuh hati
aku pilih HONDA JAZZ
"ukur baju di badan sendiri''

alabaster silver metallic


28 November 2013
penuh semangat aku dgn encik lalink
petang tu.. aku sampai je dari KL terus kami g showroom HONDA
kt Segamat..FYI aku ambil cik J ni kat Segamat
sebab dulu encik lalink ambil mr CITY nye pun kat situ juga
mudah skit urusan aku
member encik lalink salesman kt situ..
sempat la juga aku test drive yg JAZZ HIBRID
sama je dengan JAZZ 1.5 yang aku nak beli tu
cuma beza hibrid je..
not bad..
kalau ikut dari aku test drive tu
jazz mmg sesuai dgn org perempuan
tinggi n selesa
encik lalink cakap aku lulus nak bawa kat jalan
cuma kena lebih berhati-hati..
lama-lama bawa ok la tu
siap cakap kalau nak g jalan jauh-jauh
guna kereta aku
kereta dia nak simpan
sayang haha..( ayat ni aku tipu je...hehe)

memang patut pun dia nasihat aku camtu
aku kan clumsy sikit huhu
matilah nanti nak kena drive ka jalan kl ni..
oh semangat kemarilah padaku

p/s:
encik lalink selalu pesan kat aku..
aku kadang-kadang selalu lupa diri..bila susah skit merungut huhu
"" selalu ucapkan alhamdulillah atas setiap urusan yang kita laksanakan..
rezeki itu datang dari Allah SWT..ada lah perancangan hidup DIA dah tetapkan untuk kita..
Lindungilah keluarga kami dari kecelakaan..amin "

tadi aku duk layan fb..ada kawan lama aku masa kat univ dulu pm aku
sembang la kami panjang2..
bosan aku asyik mention pasal tok laki dia
selang seminit asyik je selit citer eh suami kita cenggini cenggitu..
bila bab ni aku ni teruk ckit
cepat berbulu sikit kalau perempuan asyik duk cerita pasal tok laki dia selang seminit bercakap
mula lah aku malas nak layan sembang haha
orang lain pun ada laki gak mek weh..
bengang aku dia asyik duk cakap x redha hidup camni ..
xdapat pindah dekat suami

erm bagi aku ..betullah apa yang encik lalink nasihat kat atas
rezeki kita tak tahu kat mana
bukan senang nak dapat kerja..
alhamdulillah..
dengan kerja ni lah yang ubah hidup kita..tak banyak tapi ada la hasilnya..
orang tak pernah rasa susah memang susah nak kenal erti bersabar..

doa aku setiap kali abis solat""panjangkanlah jodoh kami Ya Allah
permudahkanlah urusan perkahwinan kami Ya Allah""
Amin..Amin..Amin..