Rabu, 15 Mei 2013

..selamat hari guru..




Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.



Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

p/s: selamat hari guru utk kita..

Isnin, 13 Mei 2013

..masyaallah jauhkanlah..






..sepanjang hidup..Insyaallah..


                                                        


Aku bersyukur kau di sini, kasih
Di kalbuku, mengiringi

Dan padamu
Ingin kusampaikan
Kau cahaya hati
Dulu kupalingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya
Inilah janjiku kepadamu

Sepanjang hidup
Bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu
Kaulah cintaku, cintaku

Sepanjang hidup
Seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya
Aku milikmu
Yakini hatiku

Kau anugerah sang Maha Rahim
Semoga Allah berkati kita
Kekasih, penguat jiwa
Kuberdoa, kau dan aku di Jannah
Kutemukan kekuatanku di sisimu

Kau hadir sempurnakan seluruh hidupku

p/s: Inilah janjiku kepadamu



Sabtu, 11 Mei 2013

..semangat..



mencari-mari arah tercapainya sebuah azam yang dah lapuk tapi tak tertunai huhu
pagi tadi macam biasa, setiap hari sabtu aku ada appointment dgn doktor
ala..pasal rawatan penyakit aku tu..
saje, da selesai sesi rawatan semua tu, terkedek-kedek aku p timbang berat

wahaaa seperaissss...meletop-meletop berat cikgu alia sekrg..
patutlah encik lalink kow-kow tanpa membeli insurans mulut 
selamberr bola badminton je cakap aku makin gemokkk..

oh tidak..tak dapat terima kenyataan ni..
sangat membenci angka berat tersebut voleh??

beribu riban kali aku tanam azam dalam diri nak kawal makan
tapi apakan daya..nafsu tu membuak-buak
nak-nak aku ni jenis kategori manusia ada gastrik
must eat! kalo tak mula la loya-loya macam org mengandung!..huhu
ngeri tgk body skrg..banyak baju aku dah tak selesa dipakai huhu

acaner ni nak start kawal makan balik..
kena turunkan berat sebanyak 10 kg..
humangaihhh tensen!

eh tensen?? jom release tension dgn makan hehe

p/s: kena kuatkan semangat lepas ni...alia plzzz...


Jumaat, 10 Mei 2013

..claim..


takde apa nak update
saja borak kosong macam biasa
lalalalala...telefon berbunyi..ku angkat ku dengar siapa
oh tak seperaiss tapi tertunggu-tunggu macam biasa hehe

encik laink: assalamualaikum syg..

aku: waalaikumussalam abg..

encik lalink: abg nak g main badminton malam ni..syg buat ape tu?
(*encik lalink dgn badminton berpisah tiada)

aku: owh hati-hati abg..main leklok

encik lalink: macih syg..syg ok tak?

aku: ok..nak cerita boleh?
 (aku kan suka report kat dia..mulut tak leh berahsia dengan dia..sbb takut kantoi ..
ape ilmu ntah dia pakai hoho..)

encik lalink: ape dia syg?

aku: tadi kan syg beli sandal hush puppies tu..
(cepat-cepat mms kt encik lalink)
tadaaa..cun tak..yg pasti tetap rock dalam keayuan walah ngengenge

encik lalink: owh dah beli ea?..beli juga akhirnya haha..
aish kotak kasut dah bersusun banyak dlm bilik..adoi erm berapa harganya?

aku: ermm terapi tensen hehe..harga dia rm ***
aci tak syg claim dgn abg tihiiiihi..

encik lalink: eh boleh knp tak boleh plak 
(serius ke main2 ni..semacam okey kebaikan itu haha..
bukan boleh pakai dia kadang2 ni..kekadang sje je buli aku huhhh!)
aku merajuk baru rs nak pujuk muahahaha..heaven! 
ini kes bosan kot dengar aku berzikir kt telinga dia pasal nak sandal hari2 hehe

aku: (tanjat kot)..serius..mahal gak ni..

encik lalink: apa salahnya..bukan selalu kn.. lg pun duit tu boleh dicari..tak kekal
(oh ceramah ni buat aku  insaf kejap )..

yeayy lps ni boleh suka suki claim lps beli brg..
oh abg..awk mmg baik (bodek thp lwk kmbing hehe)

p/s: boleh tidur nyenyak sbb dah dapat sandal baru haha ..giler la psiko..hantu kasut aku ni...
oh bahaya..jatuh bangkrap la..
tak berani lak nak pakai masa nak pegi pulau perhentian nanti ..2 minggu lagi..
oh sengal tak disitu ??? haha
encik lalink sila jangan uweksss..berani la..nanti saya kasi cubit ketam kat awak woha!


Selasa, 7 Mei 2013

..alkisah..



Assalamualaikum...


imbas kembali...cerita ini berkisahkan kehidupan keluarga kami sepanjang hidup di bawah naungan kerajaan berparti biru di Terengganu.. bagi sesiapa yang bosan nak baca..aku tak suruh pun baca haha... bagi sesiapa yang nak baca atau nak share..silakan.. sekadar renungan bersama dan kenapa aku sekerluarga menyokong kuat Pakatan Rakyat dan mahukan perubahan dari dulu sampai sekarang..mahukan keadilan diberikan sama rata tak kira sokong pas ke bn..ada akal dan hati perut..fikir-fikirkanlah..aku tak prejudis pada sape-sape pun..masing-masing ada buah fikiran masing-masing..terpulang..aku pun insan kerdil yang bukan terlalu alim bab agama.. masih cetek ilmu agama..sumbak gok kadang-kadang..hehe



nak ceritanya...bila tiba musim pilihan raya..kami sekeluarga sangat bersemangat..mungkin hidup kami boleh berubah..mungkin tak selepas PRU.. macam hari ahad lepas..fyi seluruh ahli keluarga dari zaman tok nenek aku memang penyokong kuat Pas sejak tertubuhnya PAS  di Malaysia..kebanyakkan ahli keluarga kami memegang jawatan dalam dewan muslimin dan dewan muslimat cawangan dun dan kg kami..semua turun padang bantu jentera Pas berkempen..bukan taksub akan kepartian tapi didikan nenek moyang yang menerapkan nilai Islam dalam kehidupan kami.. sbb tu secara automatik kami menyokong parti yang MAHUKAN ISLAM..jangan berkira tenaga kalau nak tengok Islam tu subur.. pesan arwah nenek aku a.k.a tok aku (femes kat kg panggil che ku sor).." kita hidup kat dunia ni dok tongkat langit..lambat laun semua akan mati...sembahnyang bang jangan tinggal..ngaji quran tu bukan tengok wak lawo letok dumoh..jangan dok wat lo'lah (sambil lewa) la tok royak..kalau hok tu dok wat jugok memang berat nanang la mung''

semua cucu-cucu tok sor alhamdulillah dapat mengaji quran dgn dia..arwah tok aku tok guru ngaji kat kg masa hayat dia..lps dia meninggal mok aku, pok sedara aku  sambung..berkat displin dan didikan tok nenek mok ayoh kami..sampai sekarang kami sanak saudara sekeluarga pakoh pas.. 

..dan lantaran daripada itulah hak kami DITINDAS..paling susah..bila tiba masa nak isi borang sekolah, matrik, universiti, ptptn, biasiswa..kami perlukan tandatangan tok ngulu untuk dapat kelulusan borang-borang itu.. tok ngulu kampung aku..serta kampung jiran-jiran aku semuanya perpegang teguh pada parti cap timbang dacing... aku ingat lagi betapa payahnya mak ayah aku nak mintak tanda tangan nak lengkapkan borang baik borang abg aku..mahupun borang aku sehinggalah ke borang-borang adik-adik aku ..dari zaman aku sekolah rendoh sampai ke posting! la ni..rohok serohoknyeeee... skrip biasa di ulang cakap..saje kami nok test line g umoh tok ngulu..kot lembut hati beliau leni..sedor tanggungjawab pemimpin ke tapi apa yang kami dapat.. "ho..mari wat mende sining...nak suruh aku saing?.. baliklah..g suruh sek hija saing..*KETUA KG PILIHAN PAS TIDAK DIIKHTIRAF KERAJAAN BN.. org suruh pakoh barisang takmboh".."mung piye? cucu toksor?..royak ke mok mung aku tak moh saing.." tengok disitu penyalahgunaan kuasa..kuatnya kebencian.. pemimpin yang memilih ahli kg nya berdasarkan kepartian yang dipilih..susohan pulok aku dengan mok aku g panjat tangga WISMA DARUL IMAN mintak tandatangan daripada jabatan menteri besor.. sementelaah kami dari keluarga dikira miskin..mana ada kereta motorsikal nak g bandar kuala terengganu.. hok adanya..basikal buruk dua biji dengan motor kapcai sebijik..motor tu pun ayoh aku bawa g keje nukang rumoh..aku dgn mok aku tumpang la mana-mana org kat tepi jalan besor..nasib baik lah mok aku jenis org kg hok ngaji belajor, ada gok la sijil spm..kalau pendek akal tak merasalah aku bantuan untuk anak-anak terengganu yang diberi kerana dapat melanjutkan pelajaran ke matrik dan U.. mana la mok ayoh aku nak cekau duit nak bagi aku mengaji sampai masuk u..org kg macam kami ni mana ad duit ribu-riban dalam tangan..oh terima kasih mok ayoh.. jasamu akan ku kenang sampai bila-bila.. huhu (sila jangan lupa diri)..start dr ini aku belajor menabung ckit-ckit..rohok pitih takdop..huhu

tahun 2004 pas menang pilihan raya..kerajaan negeri terengganu di bawah pimpinan Tok Guru Haji Hadi menghadiahkan tanah buat rakyat terengganu tak kira pakoh pas ke pakoh bn untuk mengerjakan tanaman dusun buah buahan di salah satu kawasan berbukit yang subur.. ayah aku termasuk sekali dalam golongan yang dipilih..aku tak pasti ada perjanjian bayaran apa-apa ke atau free...Allahualam..janji usaha kawasan kebun sendirian berhad.. ingat lagi aku masa tu kami adik beradik diupah oleh ayah 20 sen sepoli beg tanam pelbagai anak benih buah-buahan..sape rajin dia lah banyak dapat duit.. semangat berkobar-kobar kami..sbb kami tak diajar minta duit suka suki..tiap-tiap hujung minggu ayah aku ditemani atau tak ditemani mak aku masuk kebun nun jauh di BUKIT KOR yang punyalah menakutkan kawasannya..hutan tebal..ikut cerita mak aku nak ke kebun ayah aku kena lalu ikut denai tebal.. ada banyok babi hutan..monyet kera..macam-macam lagilah..mana lah kita tahu ada apa dalam hutan tebal..gigih mereka bercucuk tanam..sampai la tiba musim pilihan raya tahun 2008 tak silap aku..terengganu jatuh ke tangan bn..dan apa jadi pada kebun ayah aku??..tak boleh diusahakan lagi..di ambil balik oleh kerajaan negeri terengganu tanpa ada hitam putih..ayoh aku redho jela..kami sekeluarga tak pernah merasai hasil kebun kami..dengar cerita banyok dah buoh hasil..empunya jiran kebun ayoh aku a.k.a kwn baik dia pun dah meninggal..sama-sama tak merasai hasil penat lelah megerjakan tanah..dari tanah belukar jadi kawasan kebun..raya sakan encik monyet dan babi makan buah haha.. Masyaallah..

segala susbsidi wang ehsan yang memang hak rakyat terengganu tak pernah dapat..semua itu akan melalui jkkk bn..jkkk bn dh cop mohor dah nama kami.. TAK LAYAK diberikan bantuan apa-apa kerana ahli pas walhal nak dibandingkan dengan org bn..ramai golongan mereka yang dapat bantuan adalah dalam kalangan super duper kaya berbanding keluarga kami dan keluarga ahli-ahli jemaah pas yang lain.. dan terbaru mok ayoh aku dinafikan hak BRIM kerana ada SEORANG anak kerja kerajaan sebagai guru yang bergaji teett..(korg fhm-fhm la gaji cikgu setakat mana.. bayor itu ini..ciput gak cm org lain..syukur atas nikmat kurniaan ALLAH..).. ayoh aku dari dulu tolak mentah-mentah BRIM.. dok mati kalau dokleh pun katenyeee..rezeki dari ALLAH..mok aku je cuba nasib..mana tahu ada dapat ke.. duit tu duit rakyat.. ntah pape alasan LHDN bila mok aku g check.." mokcik dok layok mitok sebab anok mokcik cikgu"..citt kambing punya alasan...mak ayah yang ada anak 1 doktor..1 peguam..2 guru..1 jururawat depa tak kecoh tak sekat pun layak je..sebab nya diorang pakoh bn..hoho..hebat tak permainan politik...apa salah kami diperlakukan sebegini..besar sangat ke kesalahan kami kerana tega dan terus menerus memilih pas..

kami tetap teguh di belakang TOK GURU HAJI HADI..walaupun mereka perlakukan begitu..kami tetap pakoh pas.. pemimpin yang baik bantu pengikutnya kutip saham baik untuk kehidupan akhirat bukan saham lalai..kami hanya mahukan keadilan...kami mahukan politik bersih..kami mahukan perubahan berlaku.. jangan ada lagi keluarga yang dinafikan hak macam keluarga kami.. BUKAN KAMI MAHUKAN WANG SEMATA-MATA..TAK SALAH KAMI TUNTUT HAK KAMI SEBAGAI HAK RAKYAT TERENGGANU.. TELUSLAH DALAM MELAKSAKAN TUGAS ANDA SEBAGAI PEMIMPIN RAKYAT..JANGAN MEMBEZA-BEZAKAN HAK RAKYAT BERDASARKAN PILIHAN PARTI MEREKA...BERAT TIMBANGAN SEORANG PEMIMPIN..BUKAN SUKA SUKI ANDA DITAKDIRKAN JADI PEMIMPIN.. dulu pengetahuan kami cetek..tapi inikalilah.. kebenaran boleh dikaji..dicari..ALLAHUROBBI..

drp: cik sampan nak terbalik  (aku punye namer glemer kt fb ms zaman remaja haha)~ 7/5/2013.