Menjadi pasangan yang ideal bukannya mudah..
Perlukan kesabaran untuk kekal di sisinya..
mahu mendengar pendapat orang lain..
bersedia melakukan perubahan pada diri..
Bertanya secara terbuka kepada pasangan anda apa yang dia suka dan apa yang tidak disukainya..
Bukan bererti mengikut secara total segala kemahuan lelaki..
Berikan pertimbangan sewajarnya..
buka perbincangan untuk kebaikan bersama..
Jangan ego dan cepat berkecil hati..
Jadilah sahabat dan kekasih yang memberi kebebasan bagi pasangan anda untuk menyatakan pendapatnya..Di dalam hubungan kasih sayang, saling mengekspresikan diri sungguh menyeronokkan dan tak akan bosan anda melayan kerenah masing-masing..
Bagi anda yang mahu berubah, tidak ada kata terlambat untuk membaiki diri..
Kerana biar bagaimanapun, lelaki tetap memerlukan wanita sebagai penyempurna kebahagiaannya.
Tetapi wanita mesti lebih peka terhadap kekurangan-kekurangannya agar ia tetap menjadi pilihan satu-satunya di hati seorang lelaki bernama suami..
p/s: =) Sungguh bertuahlah sesiapa yang mendapat pasangan seperti ciri-ciri di atas..
Tiada ulasan :
Catat Ulasan