Rabu, 11 September 2013

..manusia bergelar wanita...




Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya.. Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke dunia.


Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya. Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear. Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya.

Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.

Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja.

Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?
Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap kiri lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.

Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu…
Wanita dicipta untuk menjadi ibu.
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan..
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia..
Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya..
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran..
Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa..
Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki..
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki..

Hebat kan wanita?
Anda bertuah menjadi seorang wanita..

Buat kaum Adam, hargailah kaum Hawa anda.



..tips: jangan tegur isteri depan anak-anak..



sekadar berkongsi maklumat dan cerita
mana tahukan kita boleh belajar sesuatu dari cerita dibawah..

Jangan Tegur Isteri Depan Anak-anak


Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kena kita ibubapa tak boleh berselisih depan anak-anak. Ia akan bagi kesan pada anak-anak.


Kalau kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen kita dengan niat nakmembetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!

Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudah boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambik tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya. Dia tak respek ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak respek isteri kita.

Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.

Promotelah Isteri Depan Anak-anak

Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita respek isteri kita depan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya. Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak. Anak-anak akan benar-benar percaya dan respeknya pada ibunya.

Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka respek!

Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (empower) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah. Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita! Yang akhirnya memudahkan kita!

Jadi, kalau anak-anak tak dengar cakap (ibu/ bapa), cuba cek balik macam mana kita melayan isteri/ suami depan anak-anak! Kerana walaupun anak-anak tak cukup bagus untuk dengar apa yang kita CAKAP, tapi mereka tak pernah gagal untuk tiru apa yang kita BUAT…


Ahad, 8 September 2013

..mak ayah.. saya nak kahwin boleh? haha..




Mak ayah, saya nak kahwin.. janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.


Mak ayah, saya nak kahwin. janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.

Mak ayah saya nak kahwin.jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.

Mak ayah, saya nak kahwin. walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.

Mak ayah, saya nak kahwin.. jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.

Mak ayah, saya nak kahwin. berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.

Mak ayah, saya nak kahwin.. dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.

Mak ayah, saya nak kahwin.. percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.

Mak ayah, saya nak kahwin. Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.

Mak ayah, saya nak kahwin. Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah.

Mak ayah, saya nak kahwin.. Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.

Mak ayah, saya nak kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.

Mak ayah, saya nak kahwin. Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.

Mak ayah, saya nak kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.

Mak ayah, saya nak kahwin. tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak dan ayah, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan ayah ini, amin.



Rabu, 4 September 2013

..andai lelaki tahu..





ANDAI LELAKI TAHU


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


..tips:mengesan lelaki merajuk hehe..


macam blog pakar perkahwinan dah lagaknya blog kami ni haha
tapi ada den kisah..
aku copy paste je tips..
esok-esok kalau aku kena layan rajuk encik lalink
bolehlah aku rujuk tips ni hehe


ABANG MERAJUK KE? 


Tanda-Tanda Suami Anda Sedang Merajuk



1. Diam Seribu Bahasa - Dia diam sahaja tanpa sebarang kata sepanjang bersama dengan anda. Bila anda bercakap dia hanya mengiakan atau menganggukkan kepala sahaja. Dia sedikit pun tidak melayan anda seperti sebelumnya. Jika ini berlaku, memang sah dia sedang merajuk dengan anda.



2. Buat Tak Tahu - Dia buat tidak tahu tentang anda. Jika anda bercakap atau meminta pertolongan dengannya, dia buat-buat macam tak dengar. Ini adalah cara protes yang paling teruk kerana ia bukan sahaja membuatkan anda geram tetapi juga membuat anda seperti tidak wujud di depannya.



3. Menolak untuk Keluar atau Makan Bersama - Orang lelaki yang sedang merajuk biasanya enggan bertentang mata dengan pasangannya. Jadi jika si dia memberi pelbagai alasan untuk berjumpa atau makan bersama, maknanya dia sedang merajuk.

4. Bermuka Masam - Biasanya lelaki merajuk buat muka masam. Sudahlah tak mahu bercakap, buat muka masam pula. Ini adalah sikap lazim orang yang sedang merajuk.

5. Baca Surat Khabar - Tabiat biasa orang lelaki ialah membaca surat khabar. Tetapi jika asyik baca surat khabar yang sama berulang kali tanpa sebab ketika bersama dengan anda, maknanya jiwanya tidak tenteram dan ada sesuatu yang menganggu dirinya. Apa lagi? Anda kena “ayat” dia sedikit .

6. Menonton TV - Dia asyik menonton rancangan TV bukan kegemarannya dengan bersungguh-sungguh ketika anda ada bersama. Sebenarnya matanya ke TV tetapi hatinya ke lain. Gosok-gosoklah dia sedikit.


p/s: perkahwinan merupakan perkongsian hidup..makin banyak aku perlu belajar untuk menempuh saat itu..

KELEBIHAN BERNIKAH :

Saat akad nikah : dapat pahala.
Suami peluk isteri : dapat pahala.
Cium isteri : dapat pahala.
Senyum kat isteri : pahala.
Renung isteri : pahala.
Suami kerja cari rezeki halal untuk isteri : pahala.
Suami pegang tangan isteri : pahala.
Suami marah isteri(untuk nasihat) : pahala.
Suami imamkan isteri : berlipat ganda pahala.
Suami ajar fardhu ain : pahala.
Suami kenyit mata kat isteri : pahala.

Allahurabbi,Indahnya bernikah... huhuhu


Isnin, 2 September 2013

..pagar gigi a.k.a braces..


ahee hebat..dua post dalam satu hari..
tengah-tengah ting tong dengan kerja-kerja kat sekolah
sempat lagi view pasal braces..


mimpi ape ntah en lalink semalam..
tetiba lepas bersembang dgn mak ayah dia
kami duduk la berbual bersama kat depan rumah angah
tetiba dia suruh aku senyum sambil nampak gigi..
aku??...haruslah tak ikut..
apehal lak kan nak sengih kambing depan orang haha
lagi-lagi depan dia..sibuk betul dia suruh aku buat juga..
kalau aku buat mesti kena usik dengan dia kaw kaw kaw
gigi aku kan gigi yang comel auww...hewhew..
gigi kapak besor dua putung kat depan..muehee
jeles la tu haha
siap tunjuk contoh lagi tu macam mana dia nak aku senyum
abg..abg..
macam-macam hal..
nak tak nak ...layan jela 

excited betul..macam gaya doktor gigi tengah buat praktikal gayanya ha..haha
siap suruh aku buat sengih kambing lagi sebab nak tengok gigi aku sampai ke dalam..aish..
i is malu haha..

camane nak sambung entry ni ea..boleh pulak aku blurrr nak taip ayat ape haha
yang penting...hari tu rancak kami bincang pasal nak braces ni..
dari kos..sampai la kesan sampingan dia..
paling dia excited sebab boleh buat aku kurus..
cess tak puas je aku bulat dari dia..

erm macam excited pulak nak cuba kan
aku la..
encik lalink takpe..gg nya dah tersusun rapi
walaupun dah di cabut sebatang kat gg geraham dalam haha

sekarang ni aku tengah nak survey harga kos nak buat pagar gigi ni
overall kosnya di kebanyakkan klinik gg swasta dalam rm3500-rm5000
ni pun aku dapat harga januari 2013..tak tahu la makin naik
harga bergantung kepada tahap gigi masing-masing..


p/s: think cook-cook

..kecewa..


...harini hari yang paling kecewa dalam hidup aku sebagai seorang cikgu.
bila la nak cuti ni huhu..


"Cikgu yang dulu, cikgu yang sekarang"


Cikgu yang dulu bukanlah yang sekarang,

                                                   Dulu disayang sekarang cikgu ditendang,
                                                         Dulu dulu dulu cikgu bahagia,
Sekarang cikgu menderita,

Cita cita cikgu menjadi orang berjasa,
Dulu cikgu susah sekarang alhamdulillah,
Bersyukurlah pada Yang Maha Kuasa,
Memberi jalan untuk cikgu semuanya,

Hidup cikgu dulunya seorang pengajar,
Sekarang lebih kepada kuli dan kerani,
Tetapi demi mengejar cita cita paling mulia,
Membantu mendidik anak bangsa,

Sekolah dulu cikgu duduk sekejap saja,
Sekarang terpaksa sampai ke malam,
Tetapi, cikgu tak berputus asa,
Pasti Yang Kuasa memberi jalannya.